Wednesday, September 10, 2014

JobStreet Addicted Syndrome

Assalamualaikum


To be honest, aku tak sangka aku nak kuarkan entry (setelah genap setahun) kat blog yang dah beranai-anai menanti rebah ni. Tapi semenjak aku mengurangkan aktivitas ber "WhastsApp" ni tetiba je rasa nak menaip panjang lebor, walaupun koklea kiri kanan aku tepu dengar lagu You Are My Destiny OST Man From the Star, sampai ke tahap aku jadi macam, ko tak bosan ke jim? Kenapa aku macam obses sangat mendengar lagu tersebut sehingga terbawak-bawak dalam penulisan diblog ni haha.. Biasanya aku punya radio buruk dalam Myvi tu akan buat hal or merajuk lah konon, hanya mp3 player jerlah peneman aku pergi dan balik kerja yang memakan masa 45minit - 60 minit tu. Disebabkan aku dah melalut panjang dari asalnya nak citer tentang ejen pencari pekerja ke You Are My Destiny. Since few months back aku cam obses tentang looking for new job, setiap kali celik mata jer benda pertama yang aku nak tengok lepas baca doa bangun tido adalah Job Match by Kak Lina JobStreet. Email Kak Lina ibarat berus gigi yang aku akan cari setiap pagi, sebab aku nak jadi orang pertama yang apply jawatan yang dikatakan sesuwai ngan aku tuh. Itu belum tengok lagi iklan di tepi - tepi notis board, Linkedln dan akhbar The Star saban Sabtu. So apa masalah aku sekarang ni?. Misteri.

Walaupun misteri namun aku rasa aku tau apakah nama penyakit aku ni, JobStreet Addicted Syndrome adalah benar - benar wujud (wujud dekat aku lah). Walaupun aku dah berkhidmat di syarikat sekarang selama 3 tahun dan telah menempuh pelbagai pengajaran, pahit, manis, hitam dan putih yang boleh dijadikan panduan dalam bekerja pada masa akan datang, aku rasa tetap nak merasa bekerja di syarikat lain (kira berani gaban lah ni..puii!). Setiap hari - hariku di sini sangat memberi impak kepada diri ini. Contohnya, melakukan kerja - kerja yang tidak termaktub didalam JD = job description, selain itu melangsaikan kerja - kerja boss yang separuh jalan, menyambung kerja - kerja tertangguh orang lain yang cabut lari, meredhakan diri membuatkan kerja orang lain yang alasannya tak tahu buat dan macam - macam lagi tak termasuk buat kerja untuk dua syarikat tapi satu gaji.  Mesti korang tak sabar nak tau apa nama company / department aku kan? Okay aku nak rahsiakan nama sebenar, jadi aku hanya bagi nama "Follow-up Department" yang akhirnya, yang tukang follow - up ni lah yang kena settlekan masalah diaorang. Okay fine, orang kata kalau kita banyak buat kerja ni, macam - macam yang kita akan dapat belajar. Yer! betul sangat tu, memang macam - macam yang aku dapat belajar, contohnya belajar camne nak TaiChi, belajar camne nak jadi orang yang kejam (kejam lah sangat, takat mencabut wire telefon pejabat) dan membuat autoreply yang memampangkan nombor telefon boss untuk dihubungi jika penting serta belajar camne nak forward email dan cc kembali kepada sender yang tak bertanggungjawab tuh!. (motif=supaya orang yang sepatutnya menjawab persoalan tersebut alert!).
 
Aku rasa dalam sejarah kot kat syarikat aku bulan ni jer dah masuk 12 - 15 orang nak berhenti (dengan pelbagai sebab musabab tok nenek alasanlah), yang nak quit tu pulak bukanlah dikalangan operator, tetapi mereka yang dikalangan General Manager, Senior Executive, Assistant Manager, Manager dan juga Engineer, pendek cerita semua yang otai - otai belaka. Citer aku terjebak dengan JobStreet Addicted Syndrome ni bukanlah baru bulan ni dek kerana ramai yang meletak jawatan secara tiba - tiba, tetapi sejak 2 - 3 bulan yang lalu lagi akibat impak ROI = return of investment yang tak menampakkan hasil yang berbaloi. Well, enough said bagi aku sesiapa pun tak kira aku, orang lain juga pasti akan dijangkiti JobStreet Addicted Syndrome jika apa yang diharapkan tidak kesampaian, oleh hal yang demikian dengan ini aku ingin memohon sedikit doa dari pembaca entry ini untuk mengaminkan harapanku agar dapatlah aku menukar tempat kerja dengan kesesuaian diri ini moga - moga rahmat dan berkat amin korang semua boleh memudahkan serta mempercepatkan proses pemindahan aku, amin.
 
Tak taulah ini ke Kak Lina yang email aku setiap jam 2 a.m!
 
 
Thank you for reading this entry !
 
 
 

Monday, September 16, 2013

.:Kayu:.

Assalammualaikum,

Selamat Hari Malaysia untuk semua...actually aku hampir saja terlupa yang aku ada blog nie (kah! ko mmg dh contaminated dgn aluminum + florida Jim!) ..okay cer tgk tajuk.."Kayu" (tajuk je dah kayu, sure penulisan ko pun kayu jim :p). Apa2 lah korang nak fikir, aku just terpanggil untuk kuar kan entry ni bcz, lately my classmate said "Jim! ko ni apa kayu sangat!" (walawei! kalau org lain dah bagi makan kayu dah kan kat si pemilik mulut botol kicap tu)..xpe aku rilek jer, sebab aku cam blurr sket lah, otak aku laju2 digest dan start process apakah yang dimaksudkan oleh pihak2 yang un-kayu ini (kata kawww!) ...selepas beberapa minit berlalu aku terus mengayu kan diri...(sah! aku mmg kayu.) yes aku dah dapat sebab pertama..tetapi masih belum sampai ke tujuan sebenar mereka.. ;p

So selepas class melabuh kan muka surat akhir barulah aku tau yang diorg maksudkan kayu adalah...aku ni tak makan kutuk! (kah! mmg la dowlll dah aku makan makanan halal je) Kutuk ni tak ada dalam menu book kot...ada korang pernah dengar menu Nasi Kutuk, Air Maki??? tak ada kan...jadi faham lah aku selain dari aku ni jenis muka tak ada perasaan...(eh bukan perasaan ada kat hati jer ke...lantakkk) aku jugak dikatakan tak ada perasaan melihat kekacakan KECUALI football player kah!

Okay korang rasa aku kayu ke? (ada aku kisah?) kadang2 kite menjadi kayu sebab kite lambat berfikir tindakan apakah yang paling sesuai utk kite lakukan ketika kejadian2 dibawah umur seperti aku nie (kih!) berlaku. No matter what, being yourself sometime will hurt others..but I am a poor pretender, any special class for that?


okay aku pun tak tau nape aku up gmbr Rozaimi ;p

Okaylah guys, thanks for reading, dan tahniah kepada penjaring terbanyak PestaBola Merdeka 2013! keep improve! sorry Nazmi later aku up gambar ko plak yer :p

Monday, August 12, 2013

.:Aidilfitri 2013:.

Salam peeps,

Just a quick update, jim kat office ni...;p this entry just to wish Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin from us..




^Thanks guys for reading...muah!^
~Wassalam~

Sunday, June 16, 2013

Kelisa for sale 2013

Salam Ahad pada semua yang sedang tersesat ke blog jim nie...maybe korang tgh google "Kelisa for sale!" tetibe kuar blog nie kan...actually kelisa ni bukan jim punya, my friend punya, dia nak tumpang iklan jer kat sini...okay jangan citer banyak jom tgk kelisa yang nak dijual nie:






Leather seat dia dah ada kulapuk dah..
 
Okay reason owner jual kereta ni pasal anak dia dah migrate ke Ausie bulan lepas, so dia dah tak perlukan kereta ni lagi, condition okay, transmission manual yer, kereta tahun bila tak ingat lah, so pada sesapa yang sedang berminat nak jd owner baru kelisa nie boleh leave ur email here or call sendiri owner dia Mr.Tan (017-7789168) and mention dapat no phone ni kat my blog kay, takut dia terperanjat pulakkkss teheeee..ooppss lupa nak bagitau, kereta ni ada kat Pasir Gudang Johor okay :) Thanks guy! Muah!

Thursday, May 30, 2013

Kenapa Tak Bersungguh?

Assalammualaikum,

Hye semua sorry lah dah tumbuh gigi dah anak you all baru jim sempat nak up entry lagi.
Okay actually banyak hal yang berlaku, selain dari kerja dan study, my mum was involved in accident and her condition is not very well even dah masuk bulan ke3..she still terbaring atas katil.

Okay back to the topic mention above, "Kenapa Tak Bersungguh"? sound weird ke? tak kot tapi inilah kenyataan untuk 4 tahun nie...huhuhu rupanya lepas 4 tahun baru lah jim tau kenapa sesuatu tu tak berlaku seperti yang kita mimpi kan...kah! mau tak dah kalau korang study tak bersungguh macam mana nak dapat 4 flat kan, kalau kerja tak bersungguh mana nak dapat promotion, increment and bonus kan, kalau korang jugak tak bersungguh macam mana nak sampai ke puncak gunung kan? am I correct? so please take note that apa-apa pun korang buat dari sekecil2 perkara apatah lagi sebesar2 perkara, kenalah bersungguh-sungguh.:)

So citer jim hari nie kalau kite tak bersungguh, so fikir2kan lah result apa yang kite akan dapat. Anyway I just know it today and I feel so appreciated, some more bila kite bersungguh hasil yang kite dapat tue more than what we have :) Jadi pada sapa yang rasa tak bersungguh tu expecting the worst first okay, tapi bagi jim always expect the worst and never take granted, coz takut keciwa pula ;p tehheeeee..

Okay guys thanks a lot for reading my entry.Muah!

*tak sabar nak habiskan sem 3! GOSH!

Sunday, February 10, 2013

1st Entry for 2013

Assalammualaikum,

Hye readers...hope semuanya sihat sejahtera, sorry lah baru kembali menghupdate entry sejak entry terakhir tahun lepas...tahun baru cina nie baru ada masa nak godek2 blog jim nie..hehe, anyway citer 2013 teramatlah busy termasuk sabtu dan ahad...dan ini akan berlanjutan sehingga insyallah August 2014. Okay, kenapa tetibe jer nak up entry nie...alkisah pagi nie terbaca satu post kat FB kenalan yang berbunyi ~calon suami awesome!~:

sumber:CLICK

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja tetap gaji RM1800-2500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk dan positif serta optimis.

8. Gedik joget-joget/nyanyi-nyanyi pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat SPM/Sijil je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD dan bertanggungjawab.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri/anak sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

Itulah 16 ciri yang awesome tue...tapi mana nak charik!! (nada Johan MLM) lelaki macam ni zaman sekarang nie yer tak...hehe saja jer up ni pasal ramai sangat tanya jim bila lagi rumah jim nak bertangga huhu...~hanya Allah yang tau rahsia itu~ apa-apa pun buat rakan taulan yang dah berjaya berumah tangga dan beranak pinak, jim doakan kalian semua bahagia hingga akhir hayat. Amin.
^thanks guys sudi singgah and follow bagi yang sanggup follow blog tak berinfo sangat nie :)^

Tuesday, December 4, 2012

No Commitment No Improvement

Salam readers,

Wish korang dah dinner and skrg tgh catwalking ke blog2 yang korang suka nak click"...hehe. Okay merujuk kepada tajuk entry malam nie...bunyi mcam seyes je.. okay memang serius! (haha terus eja betul")..kenapa jim kata seyes ayat "No Commitment No Improvement"ni sebab dengan ayat nie korang leh sedar sendirilah jika korang tak commit...korang mesti tak hupdate blog korang kan, dan jumlah entry korang tak improve kan..kalo korang tak commit nak catwalk kat blog org lain...korang mesti x rajin nak pollo blogger lain kan so korang punya pollower blog pun takkan improve kan?...kalo korang tak commit dgn financial korang mesti simpanan & dividen korg x improve jugak kan...mcm tue lah lebih kurang definisi jim tentang "No commitment no improvement".
sumber: google
Kata - kata ni jim dengar dari my bestie this morning...hehe thanks dude (nama beliau tak dapat disebarkan atas sebab2 shy2nya). Disebabkan kite dah berada di bulan December..normally ramai org akan refresh azam yg diorg buat last year...hehe last year jim tak ada wat azam so jim terselamatlah tahun ni hahaha..so next year is just around the corner..Apakah yang korg nk commit and nak improve? Kalau tanya jim for sure lah 1st nak naik gaji, 2nd nak tambah lens sony hahaha, 3rd nak tambah exp extreme activity, 4th being abroad again and again...so far itu jer..hope semuanya tercommit lah yer hendak-NYA :)
sumber: google
Lepas ni, commitment financial lah yg utama cz semua commitment diatas ni adalah MONEY usaha dan doa tangga peningkatan...anyway hope korang pun ada benda yang nak diimprovekan yer. If you deserve commitment from anyone, Its yourself! Ganbate!

"Thanks for reading here guys. Muah!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...