Saturday, July 31, 2010

.::Cerita Seorg Ezakutip::.

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; " Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan

seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .


:: Pengajaran ::
Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Mood Mode:: Sedih :(

Miss Jim:: Sekarang musim musabaqah, siaran langsung bermula jam 9.00 malam hingga 11 malam tak ramai pun orang nak tgk...tapi bila ada siaran langsung bola Piala Dunia 2010 atau EPL semua org taknak lepas sanggup tahajud depan screen besar kat mamak..malah siap support habis-habisan dan hafal nama2 player dari setiap negara...tp bila musabaqah tak ada sapa nak amek tau pun nama2 wakil dari negara2 seluruh dunia...yang kafir tue Miss Jim tak kisah lah..tapi yang islam nie...at least tak lancar atau tak tau baca langsung al-quran tue, bila dgr pun kan dah dapat pahala..apa tah lagi kalau kite hayati terjemahan para pembaca tue kan??? So renung2kan lah untuk Miss Jim sendiri dan kawan2 sekalian...

5 comments:

  1. reminder tue untuk jim jugak cik nunu...jumpa u malam nie kay:)

    ReplyDelete
  2. masa break 1st half, smpat lg solat tahajud..alhmdulillah...TQ!

    ReplyDelete
  3. tuelah pasal, kalau tak ada break tak tau lah kan...syukur alhamdullilah :)u r most welcome JMR

    ReplyDelete
  4. cerita yg memberi pengajaran dan juga peringatan untuk kita semua..

    ReplyDelete


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...