Wednesday, October 26, 2011

Cintailah Lelaki Part 3 jika...

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami . Adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati.
Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :

  • Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri – tanpa sedikit keterpaksaan.Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
  • Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
  • Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.
  • Dia mencemburi kekasih/isteri – lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.
  • Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.
  • Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.
  • Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.
  • Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.
  • Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri.
  • Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.
  • Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.Lelaki yang jujur dan cukup ‘mabuk’ dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.
  • Semua tip diatas pernah jim miliki dr seseorg yg istimewa...tapi tu dulu...sekarang jim sendiri, pada gadis - gadis diluar sana jika anda bertemu ciri - ciri lelaki sperti diatas kasihi lah mereka seperti yang pernah saya juga lakukan dulu malah kini juga, cuma bezanya kini saya kasihi nya secara maya dan batin sahaja.
Sumber: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...