Monday, October 19, 2015

Tales of Lombok!

Assalammualaikum,

Aku difahamkan bahawa terdapat adat Lombok yang mengamalkan melarikan anak dara orang lain untuk dijadikan isteri. Gadis itu dengan tiba - tiba rela hati mengikut ke rumah ibubapa lelaki terbabit dan tinggal di situ buat beberapa ketika tanpa pulang. Okay itulah gambaran orang kita apabila disebut tentang Lombok!
 
 
Apa pun yang orang kita fikir, aku dengan degilnya telah membuat pembelian awal ketika AirAsia mengadakan promosi laluan Johor Bahru - Lombok pada tahun lepas. Keputusan ini dibuat kerana kalau tak beli waktu itu, makanya harga serendah RM300 pergi balik berserta bag, in - flight meal dan insurance tidak akan datang lagi.

Okay, me and kawan seperdajalan (Dhiya) berlepas seawal 06:50 am dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan memakan masa sekitar 3 jam to touch Bandara Lombok di Mataram. Perjalanan yang pertama kami mengambil bas Damri untuk sampai ke Sengigi, yang memerlukan 2 jam waktu perjalanan. Dari Senggigi kami menaiki taxi BlueBird untuk ke Bangsal Harbour (Demarga). Untuk makluman ada banyak dermaga yang boleh diaccess ke Gili Trawangan, samada di Bangsal atau di Telok Nare atau boleh juga di Telok Kode. Bezanya adalah harga! Disebabkan trip ini sedikit budgetnya, kami gunakan Bangsal Harbour untuk ke Gili Trawangan kerana sekitar RM10 sahaja seorang termasuk cukai laut. Slow boat atau bot untuk penumpang awam yang seringkali digunakan oleh masyarakat setempat ini hanya akan bergerak setelah penuh muatannya.
 
Perlu diingatkan yer, taxi BlueBird tidak akan menghantar anda sehingga ke jeti, tetapi anda akan diturunkan dijalan masuk ke jeti. Disini ada dua cara, samada menaiki Cidomo (kereta kuda padi) atau berjalan kaki. Disebabkan kami hanya membawa backpack, jadi kami memilih untuk berjalan kaki sahaja yang mengambil lebih kurang 15 minit secara santai. Bot penumpang akan bergerak meninggalkan jeti hanya setelah bot tersebut sudah penuh, jika tidak tunggulah sambil main Instagram k! haha.
 
 
Setelah setengah jam meredah ombak, Gili Trawangan pun menyambut sekalian isi perut bot dengan mesra sepoi - sepoi bahasa :). Oh yeah! masa ni memang jakun sangat tengok air laut yang membiru menghijau mengtoska! yang boleh menampakkan segala isi perut laut tu. Korang pergi baru korang dapat feel kejakunan tu.
 
Dari dalam bot lagi ko dah leh nampak signage ni
Terus, kami belok ke kanan atas panduan google map mencari ceruk Jln. Lumba - Lumba dimana terletaknya Sandy Beach Cottage. Perlu diingatkan lagi sekali, disini ada banyak Cidomo yang menunggu korang yang memberi perkhidmatan untuk penghantaran ke hotel / chalet / cottage. Harga bergantung kepada jarak kejauhan tempat penginapan dari jeti k. Tapi cam biasalah untuk kiteorg prefer jalan kaki dan cari sendiri.
 
 
Disini waktunya sama di Malaysia, tetapi masuk waktu solatnya awal sedikit dari waktu di Malaysia. Contohnya, Subuh: Malaysia 5:30AM Lombok 4:30AM, dan sekitar 6:00AM langit dah terang.. (patutlah masa aku tanya owner cottage tu jam berapa ya kami bisa mandi di laut dia jawab 5:00AM! haha.Silakan). Uniknya di Gili ini, korang takkan risau terlepas waktu solat sebab speaker azan dia memang jelas, orangnya jer yang kurang jelas tentang habis waktu. Lombok juga terkenal dengan negeri seribu Masjid.
 
 
Malam pertama, kami habiskan masa berjalan dari hujung ke hujung dan ke pasar malam serta menjengah beberapa bar yang terdekat dengan cottage (jangan salah sangka pula, kami tak minum air Bintang tu kami minum mineral water dan order fries sambil menikmati live band je :| haha). Disebabkan malam makin rancak dan pelancong Eropah makin ramai yang menyinggah jadi kami decide nak pulang tidur saja untuk activity keesokkannya.
 
Kat Malaysia tak nak plak aku makan menda alah Gelatto ni
 Apa yang kami perhatikan disini, pemuda Lombok sangat berbudi bahasa (charming) walau tak sehensem mana pun. Mereka sangat menyantuni wanita mungkin itu adalah faktor utama ramai anak gadis yang terlajak sayang kat mereka ni, itulah kelebihan jejaka Lombok. Haha. (Masih terngiang - ngiang ditelinga aku bila ada yang memberi salam dan bersapa "Inikah jodohku", kecut urat nadi aku haha!).
 
Azan subuh pertama je aku terus bangun sebab tak sabar nak solat and bersiap untu activity pertama kami. Snorkelling! Aku dah siap terus jerit kat Dhiya suh bangun sementara aku pergi order breakfast dekat kaunter, sebab dekat sini diorang serve sarapan depan pintu. Siap sarapan kami terus ke kedai snorkelling disimpang masuk Jln. Lumba - Lumba dan sewa GoPro Hero juga :)
 
Trip snorkelling kami ni dibawa ke 3 spot utama katanya yang ada penyu, then tempat bot karam then tempat coral. Tapi bagi aku yang dah pernah snorkelling kat Tioman and Perhentian, we found ours are better than here. Sebab coral kat sini banyak dah mati. Perhentian terakhir kami diberi 2 jam rehat di Gili Air untuk makan tengahari. Yang bestnya Gili ni pantai dia bersih sangat - sangat dan sangat sesuai untuk party goers, sebab it's a chance to truly chill out & appreciate parties with vibrant music pasal setiap bar ada DJ mereka sendiri which is create different beat.
 
Selain dari snorkelling, berparti, ada juga aktiviti lain macam berbasikal keliling pulau tersebut yang hanya memerlukan sejam katanya untuk habis pusing, belajar memasak ayam taliwang, berurut, hair spa, manicure / pedicure,jungle trekking di pulau komodo, berkayak, stand - up paddle board surf  - benda yang kiteorg tak dapat nak buat as the strong wind not allowed us to surf :( atau melepak ditepi - tepi port yang awesome sambil membaca novel kegemaran korang!.
 
Pada awalnya plan kitaorg nak mendaki gunung Rinjani tetapi akibat beberapa faktor yang memaksa kami untuk membantalkan pendakian tersebut, kami menukar rancangan bershopping sakan ke Bandung. Oleh hal yang demikian kami terus mengambil keputusan membeli tiket penerbangan domestic bersama Citilnik Airlines (kira AirAsia Indonesia la) untuk ke Bandung. Tapi nak story sikit pasal kapal terbang Citilink Airlines ni yang bestnya setiap penumpang diberi percuma 20kg had bagasi which is kiteorang dapat 40kg la kan tapi kiteorang guna 20kg jer pun.

Kiteorang landed Bandung around 4.30PM actually delay dari Lombok. Kat sini I noticed airport collecting bag system dia cam tak berapa nak selamat la compared to Lombok airport. Padahal this is my second time in Bandung. My first was 2007...so long time ago and I travelled by bus from Jakarta at that time. 
Ringkaskan cerita malam tu kiteorang gatal pergi tengok wayang cerita 3 Dara kat panggung Transtudio Mall yang hanya sejalur hotel kami. Pengangkutan utama kiteorang di Bandung adalah Angkutan Kota (Angkut - Angkut) which is cheaper. Sepanjang 3 hari disana kami banyak menghabiskan masa bershopping di Pasar Baru Trade Centre, Pasar Kosambi (makanan and jajan untuk oleh - oleh), Pasar Kota Kembang (banyak jual kasut - kasut), Jln Jend.Sudirman (wholesale business area), Factory Outlet Paris Van Java, Factory Outlet Jln Cihampelas and Factory Outlet Sukajadi. End of story our luggage was 50kg + 14kg ngam!
 
Tips perjalanan:
1.       Periksa passport anda,passport mestilah masih hidup 6 bulan sebelum tarikh luput jika mahu ke luar negara kecuali Singapura.
2.       Rancang perjalanan lebih awal untuk dapatkan tawaran tiket murah dari syarikat penerbangan.
3.       Membuat kajian teliti tentang tempat yang ingin anda lawati.
4.       Lakukakan catatan tentang survey harga yang anda dapati dari blog atau laman web.
5.       Membuat photocopy passport dan alamat anda di Malaysia.
6.       Bawa makanan yang mudah seperti Maggi Mi, Gardenia, 3 in 1 coffee, biskut, snacks and etc.
7.       Sila bawa toilet tissue dan toiletries sendiri jika anda memilih hotel bajet.
8.       Sediakan basic first aid kit serta ubat – ubatan yang perlu.
9.       Cuba untuk belajar bertutur dalam bahasa masyarakat setempat, mungkin menguntungkan anda kerana harga boleh ditawar serendah mungkin jika anda memang bijak berbicara bahasa mereka.
10.   Cuba makanan tradisi sesuatu tempat jika HALAL J
11.   Menjaga adab dan tatasusila sebagai rakyat Malaysia.
Ringkasan perbelanjaan Lombok dan Bandung 1 - 6 October 2015:
Items
Price
JHB – LOP (AirAsia)
RM 151.75
Damri Bus (Airport – Senggigi)
IDR 25,000
Taxi BlueBird (Senggigi – Bangsal Harbor)
IDR 100,000
Boat (Bangsal Harbor – Gili Trawangan)
IDR 25,000
Sandy Beach Cottage 3H/2M
IDR 600,000
Snorkeling + Glass Bottom Boat
IDR 100,000
GoPro Rental
IDR 350,000
Boat (Gili Trawangan – Bangsal Harbor)
IDR 15,000
Chartered  van to airport (share)
IDR 183,000/pax
 
LOP – BDO (Citilink Airlines)
RM 279.70
Taxi to hotel as we drop a boutique for ½  hour
IDR 70,000 + 30,000
dPalma Hotel 3H/2M
RM 325.81
Movie watching
IDR 35,000
Laundry  2.5kg
IDR 50,000
Taxi to airport as we drop by a boutique for 15 mins
IDR 50,000
BDO – JHB  (AirAsia)
RM176.18
Kesimpulan:
 
Gili Island : Best and fun for party goers!
Bandung : Super fun for shopaholics! Bawak duit 1 billion rupiah pun boleh habis #pengsan.  
Sebahagian barang - barang yang belum dipacking
P/S: Soalan yang aku tak akan lupa and tak tau nak jawab adalah apabila sipenjual kain di Bandung bertanyakan hal "Kenapa ya Pak Najib ?" and I was like....hurmmm okay ada yang mengambil berat tentang Malaysia. Kerana ketika itu currency kita sama jer dengan Indonesia tak jauh beza pun. #lol.

*sorry lah korang aku cam tak ada mood nak upload gambar bebanyak sebab dah banyak upload kat instagram.
 
Pray - Work - Travel and Repeat :)

Thank you for reading!

Sunday, October 12, 2014

Matur Nuwun Jogja!



Assalammualaikum


Sugeng Enjing! For sure korang cam terpinga – pinga kan apa benda lah yang aku mengarut ni? Ini kalau dalam bahasa melayu kita sebut Terima Kasih = Matur Nuwun, dan Selamat Pagi = Sugeng Enjing. So berbalik pada perkataan ketiga entry ni “Jogja” atau dialih bahasakan berbunyi “Terima Kasih Jogja!” so meaning that I was in Jogjakarta recently, and that was super awesome!


Since, sekarang ni AirAsia telah memperkenalkan penerbangan terus dari JHB – JOG sejak April tahun ini sebanyak 4x penerbangan seminggu, we are felt so convenience and thanks a lot to AirAsia. Jadi aku dan Nurul (partner in crime) telah membeli tiket tersebut pada 26th June 2014 dan kitaorang memilih untuk ke Jogja Art City pada 26th – 29th September 2014.


Memandangkan hanya kami berdua, jadi perjalanan akan menjadi lebih ringkas dan pantas! Yeay! (start dah excited). Thus, sebelum aku terlupa, Nurul telah meng“hire” seorang tourist guide untuk kami dan aku menguruskan soal penginapan melalui Agoda.com.


Day 1 – Minggu Kliwon 26 September 2014 (1 Besar 1947)


Alrite! Ready? Set? Go! Kitaorang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail , Senai jam 12:15 PM waktu tempatan dan mendarat jam 1:30PM waktu Indonesia. Yeay! Kami disambut oleh tour guide kami mass Denny bersama pemandu peribadi kami bapak Dedi untuk 4 hari 3 malam. Terus......kami tidak dibawa ke tempat penginapan dulu ya.... kerana siang masih ada, ,jadi kami langsung dibawa ke Merapi Valcano National Park! Yang mengambil masa 45 – 55 minit dari Lapangan Terbang Adisucipto, Jogyakarta.
Merapi Valcano National Park Base Camp 2

This was super awesome! Okay environment agak berdebu (relax lah dah kau pergi ke gunung berapi, bukan gunung Everest) , dikhabarkan latest meletus pada 2010 tapi kitaorang memang enjoy habis sampai tak ingat pun benda tu boleh meletup, sebab nak naik ke kawasan tu kena guna Jeep 4x4, so memang best lah kan sebab adventure (mau tak adventure 3x kot jeep tu menggelongsor kebelakang hahaha!) dan aku tau aku takkan dapat rasa benda – benda macam ni kat Malaysia (memang lah weh, ada plak gunung berapi kat Malaysia).

Berdebu tapi udara dia sejuk
Fine with that! Sampai je kat check point yang kami kena turun and nak usha – usha panorama yang sungguh breathtaking, tiba – tiba aku terdengar ada orang jerit nama aku! “zimahhhh!” (for those yang kat office normally memang panggil aku zimah, so what the heck...punya lah jauh aku pergi ni ada jugak orang yang kenal aku), so aku pun buatlah macam pandang belakang ala – ala suspend kan....rupanya colleague aku si Sin Yi, Ju Ling, Evelyn, Zhi Yan, Wai Seng and Eugene LOL! What a small world! Then kitaorang pun taking some photos untuk membuktikan bahawa kami memang benar – benar diluar negara haha!
From left: Eugene,Ng Ju Ling,Evelyn, Kek Zhi Yan, Me, Ho Sin Yi, Nurul and Wong Wai Seng


Bukti erupsi, tapi awas ya 2 mbak itu bukti kami sampai saja ha...
Edelweiss the long lasting flower antara yang menarik perhatian aku
Okay fine tak nak turun sambil gigit2 seat jeep! **drooling!
Selesai amek gambar bagai semua, kami turun semula ke Base Camp untuk meneruskan perjalan pulang ke bandar where was our hotel located. Dalam perjalanan pulang si Nurul bising lapar nak makan, so Denny mengajak kami makan di sebuah restoran “Timbol Raso”, aku order lah nasi goreng seafood dengan gado – gado bersama air jeruk asem and well biasa je bagi aku, rasanya kurang kick! Okay tak apa kita tinggalkan makan malam tersebut dan langsung check in di Neuve Hotel of Jogjakarta, Jln Mataram.

Tempat penginapan kami, Nais!

Okay cakap sikit pasal hotel ni, its actually new hotel and everything is in good condition, but tak ada disediakan water boiler dengan mini fridge. Tetapi they all are so nice, setiap malam hantar kan 2 teko comel air panas, dan membenarkan Nurul pinjam hair dryer untuk 3 malam, dan iron untuk aku gosok tudung 3 hari haha. Sarapan dia, biasa jer cuma aku ni je yang tekak western pagi – pagi a bit unhappy sebab as you cannot have the omelettes, fries, sausage, half boiled egg, baked beans, cereal and etc, sebab yang adanya nasi kuning, nasi goreng, ikan gurame, keropok, bubur nasi, mee goreng and toast. Tapi service housekeeping dia memang keren! Katil dia kusemangat jahhhh macam sleeping beauty punya katil gebu dia haha.


Sugeng Ndalu Jogja!


Day 2 – Minggu Kliwon 27 September 2014 (2 Besar 1947)


Sekitar jam 4.30AM azan subuh sudah berkumandang ya kawan – kawan, sebab beza waktu di Jogja dengan Malaysia sejam. Disebabkan aku ni kan jenis morning person, so kul 4:00AM aku dah tersedar dan terus buka tingkap (haha jakun! padahal matahari belum naik pun).
Disebalik langsir room 221 - Sunrise at Neuve Hotel sekitar jam 6:00AM
So kitaorang siap – siap lah pagi tu untuk Jogja City Tour , tempat pertama yang kami terjah adalah Verdeburg Museum yang terletak berdekatan 0KM of Jogjakarta yang pada asalnya dibangunkan sebagai pusat pemerintahan Belanda pada masa dulu. Terus, kami dibawa ke toko kaus (kedai t-shirt) dan toko batik (kedai kain sutera/batik Jogja), katsini aku grab t-shirt jer lah.
Lost in 0KM of Jogja! well uncle with the roller blade could you please show me the way?
0KM
Disekitar Verdeburg Museum suka giler structure dia **vintage!

Selesai je merayau – rayau kat area tu langsung Pak Dedi memandu kami ke Cave Tubing Goa Pindul di kawasan Gunung Kidul sekitar 2 jam lebih keluar dari Jogja city. On the way tu Nurul acapkali ketiduran kerana jarak perjalanan yang jauh dan udara yang segar kerana kami melalui kawasan pergunungan. Aku memang takkan tidur la, sebab rasa rugi kalau tidur dan terlepas untuk nikmati keindahan ciptaan yang Maha Esa. So apa yang kami buat di Goa Pindul ni? sampai mass Denny ingatin aku sama Nurul jangan lupa baju gantiannya ya mbak. Okay bagi yang meminati aktiviti yang ada unsur kelainan selain dari shopping dan melihat tempat bersejarah, kami sangat prefer untuk pergi vacation yang memerlukan kami melakukakan aktiviti – aktiviti yang rare lah senang kata. Contohnya seperti gambar dibawah ni:
Sedia untuk mengambil jaket keselamatan
Sempat lagi tu selfie
Angkut sendiri ya pelampung korang
Macet ya kawan - kawan
Pintu masuk Goa Pindul

Pintu keluar Goa Pindul, tak macam Sunway Lagoon lak kan orang

Memang best, tapi yang tak best nya macet (jem!) ya kawan – kawan di dalam gua tu, begitu ramai orang, aku pergi Legoland tak macam ni haha. Kata mass Denny jika kami datang pada weekdays akan lebih tenang. Then keluar – keluar jer terus nampak sawah padi, walaweiii ! (aku jakun lagi sampai tahap tak nak kuar dari tali air yang nyaman bangat itu!).
See anak - anak beras! _ Nurul kata pokok nasi kah!

Tali air sebelah tu serius sejuk giler even matahari atas kepala

Usai bermain air, kami dibawa pulang ke check point asal, dan berpeluang memasuki sebuah gua batu kristal. This is superb too! Tak pernah dalam hidup aku ni dapat masuk gua dan tengok sendiri batu kristal yang original! I repeat, its original! Dan yang surprisenya, gua ini baru diketemukan beberapa bulan lalu dengan tidak sengaja oleh seorang orang kampung. Ceritanya begini:

Kalau korang power, korang baca la haha..

Masyaallah!
Subhanallah
The hidden crystal
Berapa ramai yang suluh aku gara - gara nak amek gambar ni
Okay, kita doakan yang gua baru ditemui ini akan dijaga sebaiknya oleh kerajaan Jogja, langsung kami meneruskan perjalanan (dengan basah – basah rashguard (baju mandi) kami menuju ke Sri Gerthuk Waterfall yang mengambil masa sekitar 35 minit dari Goa Pindul. Setibanya kami di perkarangan pakir kereta jam sudah menunjukkan jam 4:00PM. Di Jogja jam 6:00PM saja sudah masuk waktu maghrib. Fine, kami bergerak pantas tapi tersangkut jugak sebab kan aku ni datang pakai kasut Vans je, so takkan aku nak basahkan Vans tu kan, jadi sebabkan aku ternampak ada mbah (nenek) menjual selipar Jogja, aku terus beli (nak jalan kaki jauh lagi kak non! Mau bocor tapak kaki aku).
I got my Jogja slipper

Gigih Nurul amek gambar kat belakang tu, aku langsung jalan!

So, kitaorang pun jalan lah turun ke kaki bukit, dalam 800 meter ke bawah, perggggghhhh!! Terus nampak clear river! Hilang sakit kaki, hilang penat lelah aku, yeay! Kitaorang pun apa lagi melompat terus naik atas apa ntah nama benda alah ni, dibawa ke lokasi seterusnya:

There you go baby!

kami yang punya!
Subhanallah!
Di lokasi kejadian.....subhanallah! (jakun lagi! Cam tak pernah nampak air terjun lak aii), awesome..so kami menghabiskan sedikit waktu, bersiram dan merakam aksi – aksi berani terjun pengunjung yang lain:

Okay fine, belakang tu aku tak kenal, duduk jer sebab full!

Terus kami pulang semula ke Jogja city yang mengambil masa 3 jam dari Sri Gerthuk Waterfall. Kami sudah membawa 2 juta memori indah sejak semalam, dan ini akan sentiasa ada untuk kami kenang sampai kapan pun.


Since kami sampai di hotel awal, jadi kami meminta Pak Dedi tumpangkan kami untuk ke Plaza Ambarrukmo atau lebih senang di sebut amplaz mall (antara shopping complex yang grand lah di Jogjakarta) untuk kami cuci mata dan Nurul beli baju (baju dah habis katanya). Kami menghabiskan sekitar 2 jam di amplaz mall, dan ternyata kami beruntung sebab ada perkumpulan peniaga – peniaga dari luar bandar yang menjual barang – barang kraftangan seperti patung wayang kulit, pakaian tradisi, makanan tradisi (Bakpia Pathuk = macam kuih biskut kacang) dan batik Jogja. Well biasalah aku ngan Nurul tak buang masa terus beli apa yang patut sebabnya before that kami dah singgah souvenir shop nearby tapi tak jumpa yang unik macam yang kat sini. Aku pun sempat beli shawl sehelai, saja gatal nak tambah semak kat umah. Setelah puas round kami ke kaunter taksi, untuk pulang ke hotel sekitar 7KM  atau IDR30,000 = RM 10.00 dari amplaz mall. 
Sugeng Ndalu Jogja!


Day 3 – Minggu Kliwon 28 September 2014 (3 Besar 1947)


Owh tidakkkkk dah hari ketiga!


Mass Denny pesan ya sama kami agar tidak kelewatan pagi ini kerana kami perlu ke luar bandar, yang jaraknya sekitar 2 jam lebih. Seawal 8:00AM kami memulakan perjalanan dan kami bertuah kerana bertembung dengan festival hari kedaulatan rakyat disekitar kota Jogja iaitu perayaan ulang tahun Jogjakarta yang ke 258 tahun! (fine, Malaysia baru 57 tahun okay).



Untuk ke Dieng Plateau kami perlu melalui kawasan Wonosobo dan perkampungan dimana ada banyak pasar pagi yang menjual banyak barang dagangan untuk keperluan harian. Jalannya bagus, hampir tidak terjumpa lubang – lubang sperti di Malaysia, tetapi berselekoh ya ampunnnn..Nurul hampir sahaja muntah, sebab kita terpaksa melalui gunung – ganang kerana Dieng Plateau ini gunung yang terjauh dari Kota Jogjakarta. Udaranya bersih, nyaman memang kalau aku cakap pun korang tak boleh nak nikmati kecuali korang pergi sendiri. Cam biasalah nak pergi tempat yang cantik, mesti ada susahnyakan..macam kita nak naik Genting Highland atau Bukit Fraser, macamtulah. Dikiri kanan jalan kami dihamparkan pemandangan indah, dari bawah sampai atas gunung rakyat pergunungan melakukan aktiviti bercucuk tanam, terutamanya lobak merah, kentang, daun bawang, kobis bunga, carica, daun tembakau, pokok kayu putih dan kacang tanah.

Kami meminta Pak Dedi memadamkan penghawa dingin dan membuka semua tingkap, wahhhh!! Dingin bangat! Fresh! Seriously aku dengan Nurul beruring – uringan (arguement) kerana berangan nak beli tanah di pergunungan tersebut. 


Kami singgah sebentar di Dataran Tinggi Dieng, Kabupaten Banjarnegara, Central Java untuk melihat Candi Arjuna iaitu candi yang paling utara di Jogja and this makes Jogja being eksotisme place to visit. Alrite, sebelum aku terlupa, kami masuk toilet sekejap sebab nak terkucil, yer lah kan sejuk, sekali masuk toilet dia air dia macam baru kuar dari peti ais! (amek kawww beku urine! kah!).
Selesai bergambar, kami langsung menuju ke Sikidang Crater, sekitar 20 minit dari Candi Arjuna, di Sikidang Crater ada ramai penjual surgical mask dibawah kaki gunung, katanya bau sulphur itu busuk, tapi bagi aku biasa jer, mula – mula jer aku rasa busuk lepas tu dah hilang dah sebab sejuk kan. Sikidang Crater adalah salah satu dari ratusan gunung berapi yang aktif meletus. Ianya dinamakan si kidang (si kancil) kerana sifatnya suka melompat – lompat meletus dimana – mana sahaja. Disini ada banyak penjual barang – barang souvenir dan pemuzik tradisional yang mengamenkan (memainkan) lagu – lagu klasik menggunakan angklung. Antara aktiviti yang boleh kita lakukan selain memasak telur, kita juga boleh menunggang motor scrambler yang telah sekian lama aku nantikan, haha. Ada juga disediakan ATV, dan kuda bagi yang bisa menunggang lah.


Masak telur dalam tanah
Comparing my last visit in Tangkuban Perahu at Bandung, aku prefer Sikidang Crater lagi sebabnya kat sini kita boleh pergi as close as we can dengan kawasan kawah gunung berapi tu. Selesai jer di Sikidang Crater, kami turun pula ke Dieng Plateau Color Lake,  disni kecil sahaja tempatnya, cuma ketika kami datang Jogja sudah beberapa bulan tidak hujan jadi air tasik semakin mengering, jika air tasik penuh dan matahari sedang terik, sure I can capture a turquoise blue lake. Masa aku kat sini, memang nak sangat main flying fox tu, tapi malangnya panjang sangat orang beratur so kami akur sahaja untuk segera meninggalkan kawasan tersebut.

Air kering sebab Jogja dah beberapa bulan tak hujan

Sebelum pulang kami sempat membeli Carica, iaitu sejenis manisan tempatan yang dijual pelbagai size dan warna. Carica ada sejenis buah seperti bentuk buah betik tetapi tidak rasa seperti betik, ianya kecil sebesar lada benggala (capsicum), manis dan rangup!


Terus, kami bergerak menuju Magelang, Central Java untuk melihat Candi Borobudur (Nurul’s most wanted place to go). Aku tak tahu lah berapa jarak antara Dieng Plateau Color Lake, tapi bagi aku jauh sangat lah, sampai Nurul tidur bangun, tidur bangun, dengan Pak Dedinya mencilok avanza kami beberapa kali kerana macet (jem!). Adalah aku kira dekat 3 jam jugak nak sampai, dan ketika kami sampai cuaca semakin menghampiri malam, dan dengan gelojohnya Nurul berlari lagak Amazing Race tak hengat ke Candi Borobudur! Haha! Tu sebab ada kat instagram aku letak #lepakmarathoncandi sebab memang lepak LOL! So sampai atas, tak taulah bape ratus mata anak tangga aku lari tadi, sesi photography bagai nak rak haha. Lepas kami disound beberapa kali oleh PA system agar meninggalkan Candi Borobudur kerana sudah habis waktu melawat barulah kami dengan berat hatinya buat – buat jalan  lambat – lambat kah!.


Habis kisah candi, tiba – tiba Nurul bukak cerita dia nak pergi balik toko kaus yang semalam kitaorang pergi tu sebab katanya dia nak beli kebaya yang dia duk mimpi – mimpikan semalam, huh! dasar ya kamu! Okay disebabkan Nurul nak jugak pergi, Pak Dedi berusaha keras pandu pecut masuk ke lorong – lorong gelap (shortcut road) untuk sampai ke kawasan tersebut, kami melalui Jalan Malioboro dan Jalan Prawirotaman dan aku mengambil kesempatan ini untuk menukar wang lagi disini.Selesai aku menukar wang, kami terus ke kedai yang dikehendaki Nurul. Aku kelihatan beberapa peniaga disekitar jalan tersebut berbisik dan bertanya dengan mass Denny. Lalu aku terdengar, rupanya mereka fikir Nurul itu penyanyi dangdut iaitu Erin Susan haha LOL! Aku pula dianggap manager peribadi Nurul, okay fine ini memang sangat lucu ya! Penyanyi Dangdut! (Nurul kalau tak launch album bulan depan, aku tak tau lah). Adui hai, malam kami berakhir dengan keletihan kerana ketawa yang terburai disepanjang jalan pulang ke hotel and ready to pack everything!
Sugeng Ndalu Jogja!


Day 4 – Minggu Legi 29 September 2014 (4 Besar 1947)

Hurmm, dah last day tapi excited sebab kitaorang nak ke Candi Prambanan bukan sebab nak balik. Selesai urusan check out, kitaorang pun sarapan macam orang kebulur. Dah setengah jug kitaorang minum guava juice so masa untuk meneruskan lawatan sementara masa berbaki beberapa jam sebelum kami berlepas pulang ke Malaysia. So kami terus ke Candi Prambanan atau juga dikenali sebagai Candi Rara Jonggrang sekitar 20 minit dari hotel. Best sangat sebab hari Isnin kan, orang sudah ke kantor (pejabat) kami masih berlibur (berenjoy!) yeay! Lama jugak kami habiskan masa kat sini, cam biasalah bila xada orang,jadi monggo, dipun prayogike! (silakan buat seperti rumah sendiri). Terbang sana terbang sini, sampai kehausan idea nak pose macamana lagi haha. Kat sini ada banyak candi sebenarnya tapi yang mainnya Candi Prambanan lah antaranya Candi Sewu, Candi Ratu Boko, Candi Mendut, Candi Burbah dan macam – macam candi lagi. Kami sempat pusing kawasan tersebut dengan shuttle train then terus keluar ke bahagian souvenir. Ya, kat sini banyak sangat pilihan dan senang untuk bargain harga, end up aku beli apa je purse untuk mak Nurul, sebab dia akan pickup kitaorang kat Senai, airport nanti. Kami sempat minum air kelapa di sekitar kawasan tersebut, enak bangat sebab matahari tengah tegak atas kepala haha.

Alrite, masa untuk pulang,setelah kitaorg diturunkan oleh mass Denny di airport, kami iterus check in luggage yang berkilo – kilo ni huhu mujur dah siap –siap beli extra KG. So far semuanya selamat dan kami harap akan kembali lagi untuk menyambung apa yang kami tak sempat settlekan haha. Kerana ada beberapa benda yang aku terkilan tak dapat kat Jogja ni, antaranya tak berpeluang arung jeram (water rafting) kerana sungainya kontang, CD keroncong, buku puisi, hiking di Bromo mount, ke Pasar Beringharjo, crossing between two Beringin trees, Taman Sari, Parangtritis beach, Keraton Yogjakarta dan riding superbike! (sebab tak payah amek lesen kalau bawak kat sana haha). So maybe aku akan ke sana lagi insyallah tapi tak tau lah bila, sebab 2015 ni punya schedule ni macam fulled je :p okay for those yang tergerak nak pergi Jogjakarta I may call City of Art you may call him as below:



Facebook: Raffael Denny

BBM: 75633A39

Phone: +6285228026981

This is my compliment for mass Denny sama Pak Dedi kerna servicenya tip top, persis princess dilayani kami sejak hari pertama. I would like to recommend him to all who wish to visit Jogja!
Mass Raffael Denny
 Tip berlibur di Jogja:
  1. Datang lah dalam middle September – middle October sebab ada pesta kerakyatan
  2. Kalau boleh datang lah seminggu haha barulah sempat nak pg semua – semua tempat yang ohsem tu
  3. Pastikan sentiasa ada bun, maggi cup ke biskut ke dalam backpack anda, sebab kita xnak buang masa berenti makan direstoran haha (ini yang jenis macam aku lah xkisah makan janji dapat berjalan! lagipun aku ni jarang boleh masuk tekak makanan ditempat orang)
  4. Sihat! Kesihatan yang paling penting yer sebab kalau anda tak fit bagaimana mahu berlibur!
Conclusion is Jogja #jimbestescape #jimgreatholiday!

Thank you for reading this entry!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...