Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Monday, October 19, 2015

Tales of Lombok!

Assalammualaikum,

Aku difahamkan bahawa terdapat adat Lombok yang mengamalkan melarikan anak dara orang lain untuk dijadikan isteri. Gadis itu dengan tiba - tiba rela hati mengikut ke rumah ibubapa lelaki terbabit dan tinggal di situ buat beberapa ketika tanpa pulang. Okay itulah gambaran orang kita apabila disebut tentang Lombok!
 
 
Apa pun yang orang kita fikir, aku dengan degilnya telah membuat pembelian awal ketika AirAsia mengadakan promosi laluan Johor Bahru - Lombok pada tahun lepas. Keputusan ini dibuat kerana kalau tak beli waktu itu, makanya harga serendah RM300 pergi balik berserta bag, in - flight meal dan insurance tidak akan datang lagi.

Okay, me and kawan seperdajalan (Dhiya) berlepas seawal 06:50 am dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan memakan masa sekitar 3 jam to touch Bandara Lombok di Mataram. Perjalanan yang pertama kami mengambil bas Damri untuk sampai ke Sengigi, yang memerlukan 2 jam waktu perjalanan. Dari Senggigi kami menaiki taxi BlueBird untuk ke Bangsal Harbour (Demarga). Untuk makluman ada banyak dermaga yang boleh diaccess ke Gili Trawangan, samada di Bangsal atau di Telok Nare atau boleh juga di Telok Kode. Bezanya adalah harga! Disebabkan trip ini sedikit budgetnya, kami gunakan Bangsal Harbour untuk ke Gili Trawangan kerana sekitar RM10 sahaja seorang termasuk cukai laut. Slow boat atau bot untuk penumpang awam yang seringkali digunakan oleh masyarakat setempat ini hanya akan bergerak setelah penuh muatannya.
 
Perlu diingatkan yer, taxi BlueBird tidak akan menghantar anda sehingga ke jeti, tetapi anda akan diturunkan dijalan masuk ke jeti. Disini ada dua cara, samada menaiki Cidomo (kereta kuda padi) atau berjalan kaki. Disebabkan kami hanya membawa backpack, jadi kami memilih untuk berjalan kaki sahaja yang mengambil lebih kurang 15 minit secara santai. Bot penumpang akan bergerak meninggalkan jeti hanya setelah bot tersebut sudah penuh, jika tidak tunggulah sambil main Instagram k! haha.
 
 
Setelah setengah jam meredah ombak, Gili Trawangan pun menyambut sekalian isi perut bot dengan mesra sepoi - sepoi bahasa :). Oh yeah! masa ni memang jakun sangat tengok air laut yang membiru menghijau mengtoska! yang boleh menampakkan segala isi perut laut tu. Korang pergi baru korang dapat feel kejakunan tu.
 
Dari dalam bot lagi ko dah leh nampak signage ni
Terus, kami belok ke kanan atas panduan google map mencari ceruk Jln. Lumba - Lumba dimana terletaknya Sandy Beach Cottage. Perlu diingatkan lagi sekali, disini ada banyak Cidomo yang menunggu korang yang memberi perkhidmatan untuk penghantaran ke hotel / chalet / cottage. Harga bergantung kepada jarak kejauhan tempat penginapan dari jeti k. Tapi cam biasalah untuk kiteorg prefer jalan kaki dan cari sendiri.
 
 
Disini waktunya sama di Malaysia, tetapi masuk waktu solatnya awal sedikit dari waktu di Malaysia. Contohnya, Subuh: Malaysia 5:30AM Lombok 4:30AM, dan sekitar 6:00AM langit dah terang.. (patutlah masa aku tanya owner cottage tu jam berapa ya kami bisa mandi di laut dia jawab 5:00AM! haha.Silakan). Uniknya di Gili ini, korang takkan risau terlepas waktu solat sebab speaker azan dia memang jelas, orangnya jer yang kurang jelas tentang habis waktu. Lombok juga terkenal dengan negeri seribu Masjid.
 
 
Malam pertama, kami habiskan masa berjalan dari hujung ke hujung dan ke pasar malam serta menjengah beberapa bar yang terdekat dengan cottage (jangan salah sangka pula, kami tak minum air Bintang tu kami minum mineral water dan order fries sambil menikmati live band je :| haha). Disebabkan malam makin rancak dan pelancong Eropah makin ramai yang menyinggah jadi kami decide nak pulang tidur saja untuk activity keesokkannya.
 
Kat Malaysia tak nak plak aku makan menda alah Gelatto ni
 Apa yang kami perhatikan disini, pemuda Lombok sangat berbudi bahasa (charming) walau tak sehensem mana pun. Mereka sangat menyantuni wanita mungkin itu adalah faktor utama ramai anak gadis yang terlajak sayang kat mereka ni, itulah kelebihan jejaka Lombok. Haha. (Masih terngiang - ngiang ditelinga aku bila ada yang memberi salam dan bersapa "Inikah jodohku", kecut urat nadi aku haha!).
 
Azan subuh pertama je aku terus bangun sebab tak sabar nak solat and bersiap untu activity pertama kami. Snorkelling! Aku dah siap terus jerit kat Dhiya suh bangun sementara aku pergi order breakfast dekat kaunter, sebab dekat sini diorang serve sarapan depan pintu. Siap sarapan kami terus ke kedai snorkelling disimpang masuk Jln. Lumba - Lumba dan sewa GoPro Hero juga :)
 
Trip snorkelling kami ni dibawa ke 3 spot utama katanya yang ada penyu, then tempat bot karam then tempat coral. Tapi bagi aku yang dah pernah snorkelling kat Tioman and Perhentian, we found ours are better than here. Sebab coral kat sini banyak dah mati. Perhentian terakhir kami diberi 2 jam rehat di Gili Air untuk makan tengahari. Yang bestnya Gili ni pantai dia bersih sangat - sangat dan sangat sesuai untuk party goers, sebab it's a chance to truly chill out & appreciate parties with vibrant music pasal setiap bar ada DJ mereka sendiri which is create different beat.
 
Selain dari snorkelling, berparti, ada juga aktiviti lain macam berbasikal keliling pulau tersebut yang hanya memerlukan sejam katanya untuk habis pusing, belajar memasak ayam taliwang, berurut, hair spa, manicure / pedicure,jungle trekking di pulau komodo, berkayak, stand - up paddle board surf  - benda yang kiteorg tak dapat nak buat as the strong wind not allowed us to surf :( atau melepak ditepi - tepi port yang awesome sambil membaca novel kegemaran korang!.
 
Pada awalnya plan kitaorg nak mendaki gunung Rinjani tetapi akibat beberapa faktor yang memaksa kami untuk membantalkan pendakian tersebut, kami menukar rancangan bershopping sakan ke Bandung. Oleh hal yang demikian kami terus mengambil keputusan membeli tiket penerbangan domestic bersama Citilnik Airlines (kira AirAsia Indonesia la) untuk ke Bandung. Tapi nak story sikit pasal kapal terbang Citilink Airlines ni yang bestnya setiap penumpang diberi percuma 20kg had bagasi which is kiteorang dapat 40kg la kan tapi kiteorang guna 20kg jer pun.

Kiteorang landed Bandung around 4.30PM actually delay dari Lombok. Kat sini I noticed airport collecting bag system dia cam tak berapa nak selamat la compared to Lombok airport. Padahal this is my second time in Bandung. My first was 2007...so long time ago and I travelled by bus from Jakarta at that time. 
Ringkaskan cerita malam tu kiteorang gatal pergi tengok wayang cerita 3 Dara kat panggung Transtudio Mall yang hanya sejalur hotel kami. Pengangkutan utama kiteorang di Bandung adalah Angkutan Kota (Angkut - Angkut) which is cheaper. Sepanjang 3 hari disana kami banyak menghabiskan masa bershopping di Pasar Baru Trade Centre, Pasar Kosambi (makanan and jajan untuk oleh - oleh), Pasar Kota Kembang (banyak jual kasut - kasut), Jln Jend.Sudirman (wholesale business area), Factory Outlet Paris Van Java, Factory Outlet Jln Cihampelas and Factory Outlet Sukajadi. End of story our luggage was 50kg + 14kg ngam!
 
Tips perjalanan:
1.       Periksa passport anda,passport mestilah masih hidup 6 bulan sebelum tarikh luput jika mahu ke luar negara kecuali Singapura.
2.       Rancang perjalanan lebih awal untuk dapatkan tawaran tiket murah dari syarikat penerbangan.
3.       Membuat kajian teliti tentang tempat yang ingin anda lawati.
4.       Lakukakan catatan tentang survey harga yang anda dapati dari blog atau laman web.
5.       Membuat photocopy passport dan alamat anda di Malaysia.
6.       Bawa makanan yang mudah seperti Maggi Mi, Gardenia, 3 in 1 coffee, biskut, snacks and etc.
7.       Sila bawa toilet tissue dan toiletries sendiri jika anda memilih hotel bajet.
8.       Sediakan basic first aid kit serta ubat – ubatan yang perlu.
9.       Cuba untuk belajar bertutur dalam bahasa masyarakat setempat, mungkin menguntungkan anda kerana harga boleh ditawar serendah mungkin jika anda memang bijak berbicara bahasa mereka.
10.   Cuba makanan tradisi sesuatu tempat jika HALAL J
11.   Menjaga adab dan tatasusila sebagai rakyat Malaysia.
Ringkasan perbelanjaan Lombok dan Bandung 1 - 6 October 2015:
Items
Price
JHB – LOP (AirAsia)
RM 151.75
Damri Bus (Airport – Senggigi)
IDR 25,000
Taxi BlueBird (Senggigi – Bangsal Harbor)
IDR 100,000
Boat (Bangsal Harbor – Gili Trawangan)
IDR 25,000
Sandy Beach Cottage 3H/2M
IDR 600,000
Snorkeling + Glass Bottom Boat
IDR 100,000
GoPro Rental
IDR 350,000
Boat (Gili Trawangan – Bangsal Harbor)
IDR 15,000
Chartered  van to airport (share)
IDR 183,000/pax
 
LOP – BDO (Citilink Airlines)
RM 279.70
Taxi to hotel as we drop a boutique for ½  hour
IDR 70,000 + 30,000
dPalma Hotel 3H/2M
RM 325.81
Movie watching
IDR 35,000
Laundry  2.5kg
IDR 50,000
Taxi to airport as we drop by a boutique for 15 mins
IDR 50,000
BDO – JHB  (AirAsia)
RM176.18
Kesimpulan:
 
Gili Island : Best and fun for party goers!
Bandung : Super fun for shopaholics! Bawak duit 1 billion rupiah pun boleh habis #pengsan.  
Sebahagian barang - barang yang belum dipacking
P/S: Soalan yang aku tak akan lupa and tak tau nak jawab adalah apabila sipenjual kain di Bandung bertanyakan hal "Kenapa ya Pak Najib ?" and I was like....hurmmm okay ada yang mengambil berat tentang Malaysia. Kerana ketika itu currency kita sama jer dengan Indonesia tak jauh beza pun. #lol.

*sorry lah korang aku cam tak ada mood nak upload gambar bebanyak sebab dah banyak upload kat instagram.
 
Pray - Work - Travel and Repeat :)

Thank you for reading!

Friday, October 12, 2012

Now Boarding : Vietnam

Assalammualaikum,

A very good morning, today is Friday 12th October 2012 and I love to travel walllaaaaaa, I will just be in Ho Chi Minh in a few hours. This time I get an overwhelming urge to escape and to just drop everything (my office desk) and blah! Last night I was packed my stuff, and the first thing I throw inside the luggage was my tripod wahahaha. Can you just imagine how important the tripod to me compared to smartphone?? @#$%^

Whatever it is, this time was a sudden trip (can I say like that?) of course I can, as long as my passport is valid, ticket and flight is available & paid, and most important is your boss have no idea and accidentally click approved to your leave application without asking! Bingo! Now I have to off my cellphone before it ring and won't stop wahahahaha.

I never expect that, I will do this when a bulk of document and file are mess on my desk.This is awesome!Lalalalalalala.Life like heaven in this 4D/3N. I just checked in and ready to fly! Bye \(^_^)/~
.::Semoga perjalanan ku hari ini dan seterusnya dipermudahkan,insyAllah. Bismillahi tawakaltualallah::.

Mission: Mekong floating market

^Dear reader thank you for reading & plz dont stop from visiting here TQ!^

Sunday, June 24, 2012

2012 North Tour

Mood: Kelat-kelat
Cuaca: Sunraise

Assalammualaikum semua dan selamat pagi...hurmmm orang lain berblog aku pun sibuk nak berblog..sudahnya tengoklah blog yang tak berbela ni, ada tapi serupa tak ada jer gamaknya. Okay, sekarang lupa kan kejap masalah office ke masalah personal ke masalah pun masalah jugak kalau internet tak ada coverage macam mana nak on-bloging kan...

Seyes, ini adalah bulan banyak masalah aku, kalau dibuat graf statistic problemo haruslah tiang yang tertinggi untuk bulan nie, tak apa...kerana sesuatu yang berlaku itu sejuta hikmah disebalik semua ni. 

Pepagi nih aku bukan nak citer benda yang tung tang tung tang yang tak de kena mengena ngan tajuk tapi nak citer aktibiti trip ke utara pada bulan depan nie...wah tak sabar rasanya nak pergi. Semua persiapan dari ticket, transport, activities, penginapan, route map semua dah selesai tinggal nak pergi jer ni. Korang mesti tertanya-tanya aku nak pergi mana nie kan?? (beriya betol)

Aku nak pergi merayap + meraban sakan ler....apa lagi, nak - nak dengan kawan2 yang sekepala yang dah lama tak hangout...mana tak nya sorang kat Johor, sorang kat Melaka and sorang lagi kat Penang. So since my bestfriend nak kawen kat Perlis...dengan secara wajibul ngunahnyalah kami akan memulakan trip dari Penang -> Kedah -> Perlis -> Langkawi -> Penang...

Okay dari aku duk membebel2 tak tentu arah ni baik kite layan gambar-gambar untuk menggalakkan proses berangan...:)

Penang Bridge

Kedah Mainland
Kangar Town
Pulau Payar (aku ni sungguh tak sopan tak tunjuk langkawi dulu terus jer serbu sini)
P/S: Hope I'll get back what I lost yesterday after I fixed it. Thanks Allah for giving me this strength. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...