Assalammualaikum wbt pada semua yang sudi singgah dan baca entry kat blog miss jim nie..hari ni miss jim tengah panas hati tentang tajuk di atas. Okay biar miss jim citer direct je..actually kat area rumah miss jim ada kes dua beradik yang berzina lalu mengandung dan melahirkan anak luar nikah, akaknya pula sudah mengandung dan pernah dua kali menggugurkan kandungan anak luar nikah tersebut. So citernya disini memang jelas lagi nak bersuluh lah kan...bukan ada kena mengena dengan miss jim tapi adalah seseorang yang telah memaki miss jim atas kejadian yang berlaku kepada dua beradik tersebut. Nak kata jiran memang pun beliau tinggal di belakang rumah miss jim sahaja. Yang miss jim tak puas hati kenapa yang berzina tak kena marah aku pulak yang kena bambu!
Ini memang sangat menyakitkan hati miss jim, miss jim nak jumpa bf pun tak sempat, memang lah kalau berdua ada yang ketiga. Tapi kite sebagai orang yang ada pendidikan, ada akidah, ada perasaan boleh berfikir, tentang kesan baik dan buruknya jika kite melakukan sesuatu yang dilarang Islam. wah hari ni memang miss jim sangat tak puas hati, rasanya miss jim dah pasang niat, bila anak orang tue lalu jer tepi jalan rumah miss jim nak ke tempat kerja nya, miss jim dah plan nak:
1. Bagi lempang satu! (niat nak bagi tendang, kang nanti mati ke pengsan budak tue kat situ miss jim lak kena tahan polis...so pikir apa yang pada pada jer...untuk pengajaran bukan nak berlaku zalim kat dia)
2. Sekolah kan budak tue kat situ jugak (nak bagi ceramah agama sket, ada telinga tak nak dengar benda baik2 untuk peringatan, dah jadi macam nie menyusahkan aku lak yang tak buat apa2 ni)
Okay kenapa miss jim nak buat dua benda tue? sebab nya Miss Jim tak kenal budak nie tapi kerana dia miss jim kena maki, next sebabnya tak pasal2 miss jim dapat nama buruk atas kesalahan yang miss jim tak pernah dan terniat pun nak buat...bg miss jim budak nie memang dah melampau!!!
So untuk sapa2 kat luar tue yang bercouple sama macam miss jim, kite kena beringat buruk baiknya dengan apa2 yang kite lakukan...kalau korang tak pikir nak jaga nama baik mak bapak korang, tapi jaga lah nama baik sendiri...ZINA ni dosa besar kawan2 tak sempat bertaubat susah kite kat akhirat kelak...so bagi sapa2 yang pernah berzina yang sedang baca blog miss jim nie jugak tolong lah bertaubat sebelum terlambat, bagi yang belum pernah berzina macam miss jim mari kite sama2 elakkan penzinaan, kuatkan akidah dan akhlak, sibukkan diri dengan benda2 yang baik dan berfaedah jadi masa nak jumpa BF pun kurang. Okay semua doakan taman rumah, kampung, bandar, negeri, negara kite dapat mengurangkan seterusnya membersihkan statistik anak LUAR NIKAH dari rekod negara kite. Amin *_* (mood sedih!)
P/S: Hidup hanya sekali jadi kumpul lah yang baik2 untuk bekalan kite di masa akhirat...miss jim bukan alim, tapi miss jim mahukan keseimbangan antara dunia dan akhirat, dan miss jim tak kata juga kite tak boleh bercouple, tapi berpada2 dan tengok masa depan.
|| Sekian luahan rasa sakit hati miss jim hari nie ||
|| Sekian luahan rasa sakit hati miss jim hari nie ||

