Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

::|Dimana nak dicari Kesetiaan ,Kejujuran & Keikhlasan?|::


Amaran keras! Entri ini mungkin panjang, jadi pada yang sakit perut sebab cirit ke sebab angin ke sila setel kan dulu. Okay malam ni aku terpanggil nak type entri tajuk nie akibat tahap kebosanan yang  separa maximum...ce tengok..ce tengok tajuk entri tue macam seyes jerkan? Anyway saja je nak sembang hal serius malam nie...mungkin sebab ada orang sound aku kata, try lah tulis entri2 yang ada isi ke apa ke...janganlah tulis entri ikut perasaan. Okay, disini aku nak ceciter sket..penulisan di blog http://missfairladyjim.blogspot.com ni adalah hak milik sepenuhnya kepada Miss Jim, jadi sukak hati aku lah kan nak type macam mana..means ikut mood owner and blog tue genre dia macam mana. suke suki ke, politikus ke, artistus ke personal life ke, info kesihatan ke whateva lah kan.ekceli aku terjerumus ke kancah blog ni pasal suka ONLINE SHOPPING yer kawan2 ku sekalian alam...hehehehe dengan alasan bagi meningkatkan ekonomi blogger sekalian ecewahhh alasan MANTAP!

Okay apa lah aku membebel  kuar topic nie...hurmm for sure topic nie aku tujukan khas untuk orang yang BERCINTA dan ada OBJEKTIF...so aku nak Tanya korang yang bercinta nie...apa objektif korang bercinta atau berpasangan bak kata Meor Hassan...okay objektif-objektif tersebut boleh korang hayati kat bawah:

1.       Kecantikan / Kehenseman
2.       Wang dan Pangkat
3.       Kesetiaan /Kejujuran

Okay enaf! Aku bubuh 3 je kat sinun kang letak banyak, banyak lak aku nak buat analysis..so macam aku punya pilihan adalah yang ke3..sebab keperluan dalam 1 dan 2 memang lah ada tapi kalau yang ke 3 tak ada tapi no 1 dan 2 ada korang takkan bahagia jugakl. Yerlah aku bagi example: Muka  cantik/hensem giler macam torpedo tapi kat belakang korang,giler! scandal ngan bini/laki orang or pasang 4 5 sparepart korang suker ke? Example lagi: Tiap2 bulan bagi korang duit/credit card yang unlimited tapi at the same time dia bagi jugak kat gf/bf dia yang lain...so tak bahagia jugak jadinya.

Bagi aku lah hensem ke cantik ke belakang kira janji beragama, setia, jujur dan ikhlas tue ada...coz kalau yang tue ada yang tak cantik tak hensem pun boleh berubah jadi cantik dan tampan..pasal duit lak, why not you work out together, built up korang berdua punya empire ke apa2 lah janji dapat merasai kemanisan susah senang tue bersama. Dan tambahan pula bila kite dah susah senang bersama ni banyak benda yang kite akan tahu dan belajar tentang pasangan kite. Ecewah kau jim cakap macam dah pernah lalu jer...kawen pun belum.
Apa2 pun aku ucapkan terima kasih banyak pada yang sudi nak baca entri panjang kali nie, so apa objektif korang dalam berpasangan?Dan macam mana korang cari kebahagiaan dalam berpasangan?Ingat yer cakap memang senang tapi nak realitikan tue mak aiiii bukan main susah. Fikir2 kan lah..sebab korang jugak yang nak lalui dengan pasangan korang. Anyway goodluck to all! Wassalam :)

Saturday, September 4, 2010

.::Ciri - ciri orang yang menCINTAi kamu::.

Dalam kehidupan, kita tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kita merupakan satu petanda yang dia mencintai kita. Dia tidak ingin kita tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kita:
 


Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Notakuku:“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal nanti!” ~ terima kasih kepada buah♥ saya yang mengirim email ini ke inbox miss jim.~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...