Wednesday, March 11, 2009

.::Spaghetti Vs Mee Goreng::.


::the making of SPAGHETTI::

..citer ni dulu arr macam mana aku leh terror sket je masak spaghetti nie, masa aku final year diploma kat college aku ada wat english day..nak dijadikan kisah aku terpilih arr jadi PM of the group untuk create "Lavender Bistro" selama 2 hari kat campus, bistro ni style english arr coz nama pun english day..so masa tue semua menu2 western telah menjadi menu utama kitaorg..so sebenarnya SIFU yang ajar aku wat spaghetti ni skrg pun dah berada di united kingdom melanjutkan pelajaran menjadi chef...hhahahahahah tak adalah eyenna sambung study wat biomedical engineering tue yang ajar aku mula2..then aku modify recipe dia ikut halwa tekak MELAYU..bermula dari situ bisnez spaghetti dikalangan student campus aku mulalah merebak..ada yang ketagih nak beli bistro aku punya hidangan..dan dari situ jugak arr terbitnya SFC de Cafe yang membawa keuntungan sebanyak RM 7000 hanya 5 hari jer punya sale..memang aku and the crew enjoy giler babas dengan sewa panthouse nyer perggghh nasib aku tak suh accountant kitaorg sewakan PM dia ni FAIRLADY wakkakakakakaka..



::the making of MEE GORENG::

...dulu masa pas habis sekolah aku ni suka sangat makan mi goreng then start dari situ aku belajarlah macam2 recipe dari macam2 org, so macam2 rasa lah yang aku dapat..selalu lah gaduh ngan adik aku boy, pasal dia suh aku masak mi hoon goreng tapi aku masak mi goreng.. pada satu hari aku makan mi goreng kat kedai mamak kat area rumah aku, tibe2 aku rasa sedap giler arr mi goreng dia tak macam kedai2 lain...so aku pun mengkajilah cara diorg masak and bahan2 yang diorg gunakan..nak dijadikan citer macam mana aku tau wat mi goreng adalah disebabkan aku terjumpa recipe mi goreng kat depan pintu peti ais mak aku..aku pun kaji2 lah..tgk2 macam complicated giler nak masak mi goreng jer pun..tp disebabkan aku malas nak pergi kedai aku masak jer mi goreng tue ikut apa yang ada dalam peti ais..so bila dah siap masak aku biasanya akan suh mak atau adik aku boy yang rasa dulu..tibe2 mak aku cakap "kak tambah lagi...." huahauhahuuahhua aku pun dah senyum arr pasal mak aku ni pesen dia kalau suka makanan tue mesti dia mintak tambah..so sekarang nie mak aku dah tangkap cintan sama aku punya MEE GORENG PETI AIS aku...=)

2 comments:

  1. ingat perjanjian rimba bara kite!
    utang tetap utang k..
    kena gak masak spageti utk sy..

    ReplyDelete
  2. jangan risau tak lama lagi spaghetti sampai..bukan satu tapi DUA ada faham!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...