
(Apahal aku ni pagi2 dah mengarut tik tok tik tok depan laptop!!! semangat giler mengupdate)..anyway pagi ni nak citer pasal kelantan yer adik2..huhuhuhu keterujaan telah berlaku setelah MY MOM and MR SIR Razis memberi kebenaran tulus ikhlas lagi sucingggg kepada aku untuk travel.aku disana weekend nanti!
Anyway, sapa2 yang ada idea nak bagi aku silalah drop by your comment kat entry ni yer..ekceli (eceh e eceh...buat2 macam tak pandai eje pulerrr..) aku sedang membuat beberapa researchlah yer sebelum nak memulakan percutian di Kelantan nanti. Yerlah kena lah fikir nak buat apa kat sana...even my sis geebongek telah menyusun beberapa acara, aku nak jugak selit (menyelit seperti mat2 rempit terselit :P) kanlah beberapa aktiviti yang aku rasa aku patut buat sepanjang 4h3malam disana...jommmmm kie zoommmmmmmmmmm skettt apa kite nak bikin kat sana !

Kelantan Darul Naim (Jawi: كلنتن دار النعيم, Loghat Kelantan: Klatè) atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand (lihat peta). Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.
Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%.Bandar-bandar utama di negeri Kelantan termasuklah Kota Bharu (ibu negeri), Pasir Puteh, Pasir Mas,Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli, Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.
(Sila baca menggunakan intonasi PEMBACA BERITA TV3 Bulletin Utama okay hahahahhahaahrrrrrrunnnnnn!)
Budaya di Kelantan:
Kelantan merupakan negeri yang berjiran dengan wilayah-wilayah selatan Thailand yang dikenali dahulu sebagai Negeri Patani Darul Salam. Dari segi sejarahnya, Kelantan mempunyai hubungan sejarah yang sangat akrab dengan Kesultanan Melayu Patani yang didokongi oleh Kesultanan Melayu Islam. Di mana Kesultanan Melayu Kelantan mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melayu Patani dan juga Kesultanan Melayu Negeri Champa. Setelah Kesultanan Melayu Patani dikhianati oleh Siam dan British maka ia telah demonisasi oleh Thailand. Negeri Patani telah dipecahkan kepada wilayah-wilayah kecil yang terdiri dari Yala(Jala), Narathiwat(Menara), Patani dan Songkla(Senggora).
Di bawah perjanjian British-siam pada tahun 1948 demografi pemerintahan selatan Siam telah dipisahkan. Kelantan di bawah Malaysia manakala negeri-negeri Patani di bawah Thailand.
Oleh yang demikian Kelantan mempunyai budaya yang unik yang sangat berkait rapat dengan budaya Negeri Patani. Asimilasi antara budaya Melayu, Siam dan Islam menghasilkan permainan rakyat seperti Dikir Barat, Main Puteri, Mak Yong dan seumpamanya. Mak Yong dipengaruhi oleh budaya Siam (Thailand), sementara Dikir Barat pula mempunyai unsur-unsur Islam. Main Puteri pula dikatakan diresapi oleh budaya Hindu.
Kelantan juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional Kelantan yang berkhasiat dikenali sebagai budu.
(perggghhhh korang jangan percaya sangat kat aku, kalau gaya penaipan aku macam ni!!!! konfirm basah siot korang!! semua ni aku cedok dan curah jer di entry aku ni dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Kelantan... so kalau korang nak tau lebih lanjut seperti sejarah kelantan bagai tue semua korang google aje kat website tuhhhhh)

1. aku rasa macam nak pergi tengok show wayang kulit!! tapi ada lagi ke skrg ni org nak tgk show macam tue (kepada readers sila drop comment yer nak2 yang ore klate mesti u owls tau mana i nak cari benda nie)





7. instead of that, tempat bersejarah pun haruslah kite lawati utk melengkapkan percutian kali nie yea kawan2 semua..antara museum2 yang aku dapat tau adalah Royal Museum, Bank Kerapu, Craft Museum, Islamic Museum, Istana Besar and Istana Jahar..
8. Lastly, benda yang sememang nya aku patut mention dari awal bukan dah kat bawah2 nie adalah...majlis perkahwinan Kak Nisak and Abang Man kite yang wajib dihadiri, serta majlis kawen sepupu sis geebongek tak tau kat mana, tapi keterujaan dia sangatlah melampau kerana 3.30AM!!! sms aku kata tak sabar menanti aku di stesen bas...nak bawak aku kenal macam mana org kampung kelantan bergotong royong menjayakan mejlis kawen..okay pastinya peluang bercuti kali ni seperti banyak benda yang menarik..so harapnya banyak gambar2 yang menarik akan dapat aku upload ke blog ni nanti..
so far terfikir2 apa buah tangan yang patut aku cari dari kuala lumpur untuk umi dan abah di Pasir Mas...
To allssssssssssssssssssssssss thank you so much terkelip2 membaca blog aku yang merapu panjang nie..muahhhhhhh!!!! sayang korang semua!
gee kan mmg berjaga malam.. nk wat cmne..? layankn aje.. njoy ur holiday kt klntn yek..
ReplyDeletepempuan tue dah senget..memang kena anta kedai dah pale dia tue...bagi betulkan alignment dia huhhuhuhuhu..enjoy ur holiday..:)
ReplyDelete