Saturday, June 12, 2010

.::Ronda-Ronda Kelantan::.


Assalammualaikum dan selamat pagi semua pada org2 yang berada disawah, diladang, dipadang, dikedai, ditoilet, dimeja makan, dikedai dobi dan semua2 yang dimana2 lah..sorry kelewatan hurmmm hari nie aku rasa nak update ittenary aku sepanjang berada di Kelantan Darul Naim...pasalnya ada org dah sound aku malam tadi jam 12.05am! "wey! ko tak update blog pownnn??" huuhuhuhuh sengal...sanggup sms aku suh update benda tue...okay saya mulakan dgn bismilah...
5 June 2010 (Sabtu):


9.35pm:Mula begerak dengan BAS Mahligai tiket trip W90 seat 12.
Situasi: Sangat sejuk! Baju aku pun dah macam ala2 eskimo..fuhhh tapi tetap sejuk!


6 June 2010 (Sunday):

1.01am:Berhenti rehat di Merapoh (makan roti jagung yang aku beli kat shell...)


Situasi: Hingar bingar..aku terkelip2 pasal tak biasa kat tempat org


2.15am:Menyambung perjalanan, tapi tak leh tido..pasalnya ada budak pempuan dalam umur 4 tahun yang duduk atas riba mak dia tido kaki siap nak tendang2 peha aku...(bengkek jer..tapi wat2 sabar)


5.10am:Sampai di hadapan kedai buah Pasir Mas! yeay dah sampai! (tamat seksa kematu punggung and darah beku aku)


5.30am:Baru lah cik geebonk sampai kedek2 ngan viva putihnya!Teruskan perjalanan ke rumah beliau di kg.chap area gelang MAS! Wow! memang MAS sokmo!


Budget2 sampai tue nak tido tapi macam haram..borak sampai ke subuh..then solat..lepas tue update blog huhuhuhuh...next before 7.30am awal2 dah kuar pergi cari nasi dagang lah kononya..tapi hampeh ahad tue org tak buat nasi dagang..jadi kami ke rumah mek geebonk amek nasi berlauk!! dan kuih pulut jagung yang aku sangat jakun!
testing camera.....tett tett tak perasan dah terambil pic sndiri :)

Siap makan2...kami cek peta2 rumah pengantin dipengkalan chepa dan pengkalan kubur...wahhh memang banyak pengkalan kat sini..lepas siap2 semua cik geebonk sangat excited terus memandu hala pengkalan chepa pasalnya itu yang paling jauh katanya..4x pusing jalan sama! masih tak jumpa jalan ke rumah pengantin!senget punya geebonk! Borak2..Click2..Makan2..kami pun mintak lalu nak ke majlis di pengkalan kubur pulokk..

ambil berkat ni nama nya...:p

otw nak kesana kami singgah warung kopok lekor dan pisang goreng!..bukan nya lapar tapi geebonkk kata sedap dia pun drop by, so suprised! pisang goreng dia ada sambal kicap macam kat JohoR!

Kali ni kami tak sesat tapi parking keta tepi petak sawah..gayat jugak..manalah tau selut ke apa..mau tak viva ni jadi keta bajak sawah plak!..sampai2 jer pengantin baru lepas bersanding..hurmmm kami pun confident lah tersebut adalah majlis umah kawan kami..jalan2 punya jalan..kami pandang memandang sesama sendiri.."gee nape umah org kawen ni lain macam jer lagu dia pasang??" hurmmmm korang nak kata aku jaku n katalah..mana tak nya 1st time kot aku dgr majlis kawen org bukak lagu thailand..antara yang aku ingat lagu tue ada lirik Mekong..mekong..and lagu yang auwcah2 tue lah..lebih tue banyak lagu techno...huuhhuuhuh memang gempak! pulak tu lokasi rumah pengantin dgn sepadan thai hanya dijarakan dgn sebatang sungai..!

korang tgk si geebonk dan dayah berangan belum apa2 lagi

ni memang tak leh leh blah senyum2 kelat suam2 kuku kaki

woitttt aku tak ready lagii...:/

ni dia pengantinya..abang man dan kak nisa! Selamat berbahagia
dengar nya hari ni majlis kat umah abang man pulak kat perak

antara sajian di rumah pengantin

Lepas habis borak2 ngan pengantin turn kami lak pergi bergambar..hahahha biasalah tak pernah jumpa sawah and tali air..ni jadi jakun lagi..setibenya di simpang nak kuar ke jalan besar..satu hal lagi! si geebonk amek korner pendek prakkkkkkkk!!! tanggal skirting kiri viva dia..wahhhh!! masa tue masing2 dah cuak pikir nak nyorokan kecacatan kereta tue macam mana..akibatnya korang tgk jer lah gambar bawah ni..

tuan tanah amek skirt cicir

waaaa sudah lompong...

tuan tanah nak ke mahkamah mintak ganti rugi

next masa tue dah pukul 3.00 macam tue kami gerak ke pengkalan kubor free duty zone! Shopping time! Aku jumpa kedai "GEDIK" hahahahah lawak..kedai tue nama nya GEDIK FASHION!

apa ek makanan ni aku lupa nama dia..pok lek ke apa benda ntah..makan ngan kuah sirap!


ni makanan yang gee belikan kat warong tepi stesen keretapi..mantap!! sangat lazat dan menarik!

Selesai cuci mata kami terus balik ke umah geebonk!Sampai pun dah pukul 7.00malam!dah lah cuak hal skirting tue tak habis lagi..kami puas pikir nak nyorokkan skirting yang tanggal tue..mmg lawak..yang tukang sorokkanya aku..yang jaga line taku2 umi and abah nampak si geebonk and dayah..memang lepak giler..malam tue aku ingat nak tido lah..japlagi si geebonk ngan dayah ajak aku merayap ke Wakaf Che Yeh pulok!..masa 1st 1st tue aku memang failed nak sebut nama tempat nie..ada ke diorg gelakkan aku yang ala2 foreigner ni..sebab aku sebut Pengkalan Che Yah! lepas tue salah lagi Wakaf Che Yah!..memang bengong!Malam tue aku dah tertido kepenatan tapi diorg kejut aku pukul 11malam pergi ke WCY..so dapatlah aku comparekan disini..harganya standard uptown KL..tapi aku beli jugak t-shirt and sweater..WCY ni bukak waktu malam jer sama waktu macam kat Uptown..

Kiteorg pergi malam yer...silap malam tue tak teringat nak amek gambar then ni pagi esoknya lalu lagi tempat tue so amek lah untuk tatapan korang

dayah, adik geebonk (zati) dan geebonk nak makan lagi ikan bulat nie..aku memang tak lalu pasal makan ngan sirap

pilih kak pilih

dayah penat pilih sayur nak buat tanam kat umah hostel dia nanti

kat sini sayur memang murah giler..kalo korang pandai speaking thai lagi murah
wawawawawawa...kapppppp
:::balik tido tak sedar diri.....ZZZzzzzzzzzzzzZZZZ:::

Sarapan pagi 7 June 2010

7 June 2010 (Monday):

Hari ni hari busy..since aku tgk list geebonk banyak jugak nak bawak kami merata Kelantan, meh korang tgk list nie:
0.Nordin Batek
1.Pasar CT Khadijah
2.Pusat Batik
3.PCB
4.Tengok wayang kulit dan kraftangan
5............aku pun xingat
6.............aku pun xingat
7.............aku pun xingat
8.Rantau Panjang

Tapi yang sempatnya pergi no 0,1,2,3 (tue pun singgah 15min jer)..yang 4,5,6,7 tu aku type xingat pasal tak dapat pergi coz kesuntukan masa..mana tak kalau dah pergi shoping kat Pasar CT ngan pusat batik tue dah kat setengah hari


Nasi ayam sup sirap ngan maggi tomyam pun manis sket...ngeeee

Daripada KB aku+geebonk+dayah straight terus ke rantau panjang..otw nak ke rantau panjang tue kami lalu depan rumah tauke dodol...perghhhhh!! rumah dia tak macam istana plak! siap bersalut emas tue! lepas tue ada insiden babak2 mencemaskan di salah sebuah jambatan otw ke RP..ada keta breakdown tibe2 atas jambatan..nasib geebonk berjaya mengawal viva...aku dah nak terkencing kuar ikut mulut dah masa tue..(bengong kan korang!!!seksa aku!)

Sampai kat rantau panjang..org tak payah citer lah ramainya masyallah..yerlah macam2 ada kat sana..katsini banyak stall2 macam fishball tue diorg bakar...katsini jugak ramai org kelantan+thai..seronok giler datang sini

shoping dan shopinggggggggggggg

korang tengok dayah dah bersimpuh macam dia lak punya kedai

shopping lagi dan lagi sampai tak ingat jam dah pukul bape!Aku jakun tengok scooter diorg yang sangat comel!!! dan borak dgn org setempat yang sangat peramah dan sama2 jakun jugak tgk kiteorg bertiga..tapi aku tak kira nextime aku nak datang sini lagi! (korang ingat tak kat Kak Mariana tue..and mamat thai pelat yang nak no telefon pasal nak jual scooter? hahahaha)

diorg berjalan ke parking
aku ke parking naik scooter

aku follow jer belakang diorg sempat aku snap satu dua pics

penuh macam apa...tak tgk dalam keta lagi tue

antara makanan yang terbanyak kat area RP

check out....

akhirnya kami di PETRONAS Rantau Panjang

Since jam dah kul 6.30pm and geebonk tak solat lagi..kami singgah dipetrol station RANTAU PANJANG...fuhhhh org thailand beratur panjang nak beli minyak kat sini..sila saksikan gambar yer..
ni baru yang bawak motor..yang bawak kereta ke kiri lagi dia beratur nak isi minyak
otw balik tue jugak kami bertiga menjerit macam nak giler dalam keta kecik cute tue pasal ada sebiji lori hantu tue nak memotong tapi macam tak lepas..apalgi waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! aku tak boleh blah...pasalnya memang bengong cube korang pikir jerit macam nak gile bukannya pemandu lori tue dgr pun! lainlah kalau hon ke atau hi lite ke..tapi seyes memang babak2 mendebarkan...pucat lesi sume lepas lori tue masuk ke lane dia..


Balik2 jer abah geebonk dah kata nak bawak kami makan luar malam tue kat restoran special katanya..owhhh memang apa lagi kami siap2 cepatlah lepas solat isyak..

Yang Busy (YB ZUL) & Yang Manis (YM Umi)

Bismillahirahmanirahim

aku tak ingat lak nama restoran tue tapi boleh tahan lah..nak2 kerabu mangga dia sedap giler!!!antara menu yang dijamu malam tue adalah:
1.Nasi putih
2.Ikan Kerapu Halia
3.Tomyam putih
4.Udang galah goreng butter
5.Kailan ikan Masin
6.Ayam kampung goreng
7.Kerabu Mangga
Menu tersebut okaylah dgn tekak2 kami nie..since kalau korang nak tau kalau si geebonk ajak beli makanan kat warong jer, aku mesti tanya penjual tue nak2 makanan yang berkuah "Kak kuah ni manis tak??" hahahahha sebabnya aku ni taklah makan pedas sgt..man2 dah lah..tapi kalau korang makan laksa asam rasanya manis..macam mana aku nak telan...:)

Sarapan pagi 8hb Nasi Dagang

8 June 2010 (Selasa):

Pagi2 lagi dah bangun makan nasi dagang yang sangat sedap mek geebonk buatkan...wah sangatlah nikmat huhhuhuhu...lepas makan kami borak2 sebentar bersama abah geebonk yang busy macam YB! tengok2 jam dah nak pukul 9.15am..hurmmm hari ni dayah nak balik Kuala Kangsar dah..jadi kami hantar dia ke stesen bas pasir mas..wahh sedey nya percutian dah makin hampir kehabisan...(ayat apa nie?)


Bas dia patut datang 9.30am tapi sampai 10.30am..hurmmm dia punya gelabah aku ngan geebonk jer yang saksikan..ada ke patut dia langgar pokcik badan sasa sampai melantun beg dia pegang tue..sengal ko dayah!! agak2 lah kot ntah laki org ke ko langgar tue erkkkkk!!

akibat dari pembelian buah tangan yang tak mencukupi tue aku ngan geebonk lagi sekali pergi ke KB!..yeah! kali nie aku berjaya mmengumumkan yang geebonk bukanlah org klate...pasalnya aku yang tunjuk jalan macam mana nak ke KB!! sangat kesengalan disitu...kami pergi semula ke PCK (Pasar Ct Khadijah yer adek2 bukan Phua Chu Kang!)Beli lah apa yang patut pasal esok nak balik kl dah :(

sebenarnya abah geebonk dah pesan jangan kuar lagi hari ni pasal risau kami penat nanti nak memandu pulang ke KL esok pagi..petang tue patutnya aku ikut umi and geebonk pergi kenduri kawen lagi tapi aku dah terlelap kat bilik sampai petang hahahahahhaa..flat habissssssss!

------------------------------------------------------------------------------
9 June 2010 (Rabu):

4.25 am lagi aku dah tersedar pasalnya aku terdengar bunyi2 seram dibalik dinding umah geebonk...almaklumlah berjiran ngan tanah perkuburan..jadi ada unsur2 seram yer citer ni..bagi adik2 yang bawah umur sila dapatkan nasihat doc bagi yang ingin membaca blog nie..wakakakakakak mangarut!

Aku siap2 mandi and kemas apa yang patut..lepas sarapan abah geebonk berkata-kata "along jangan gado2 balik nanti" wah aku sangat pelik lalu pandang geebonk...dalam hati kata biar betik aku nak gado2 ngan gee!!...tapi sebenarnya itu bukan lah maksud yang terdapat dalam kamus Bahasa Kelantan Yer!Kosa kata baru yer adek2 di johor semua! Gado-gado yang dimaksudkan adalah jangan rushing atau kelam kabut semasa memandu dijalan raya...

Sebelum pulang kami macam biasa bermaaf-maafan dan berpelukan..eceh2..sambil geebonk rasa keberatan dan mengaku tentang skirting yang terbabit kepatahan..wawawaaawawa..so sebelum pulang terus ke kl kami ke umah mek geebonk menjenguk sebentar kesian sangat melihatkan wajah beliaww yang kepenatan..mungkin beliaw letih kerana kenduri kawen semalam petang adalah sedara beliaw..dari itu kami terus meneruskan perjalanan...

ketika ini aku sangat bengkek yer pasal program shoot di sawah padi ketika sunrise dan sunset bersama basikal tua meknya tak bisa direalisasikan...tapi kami sempat singgah bergambar dilandasan keretapi..

sekitar GUA MUSANG

kami juga singgah di hutan rekreasi sungai yu bersama bekalan umi..

amek kesempatan main air sungai yang sejuk

dan kami singgah makan2 durian musang kuning di bentong!

2.2Kg = RM44 tapi tauke bagi harga RM40 pasal ada seulas yang rosak

sekitar gerai durian..ini jer satu gerai yang kami jumpa sepanjang jalan

perggghhh penunggu durian dibalik bakul

wow sangat kuning! dah nama pun Durian Musang Kuning

kite makan dulU!

alhamdullilah

kami jugak buat kerja sengal cari pasal lalu jalan Janda BAik yang terbaik lah pandagan dia tapi nasib kurang baik kerana hujan dan kabus tebal..tempat ni memang sesuai untuk lakonan The Vampire Diaries!Dah tahan kencing lagi! Kami jumpa macam2! Pembalakan haram..mansion yang dikelilingi sungai..kolam air panas...air terjun...ladang halia...port senam yang boleh menampakkan view yang sangat indah dari atas...resort2..dan pengalaman2 cemas kat atas tue dengan sound effect woooooo~~~~~ wooooo~~~~ yang sangat melengkapkan situasi langit gelap!angin kencang!hujan lebat!Kabus tebal! Jalan Sempit, bercuram serta licin! wahhhh sangat lengkap!

Anyway sebelum sampai ke tol gombak ada kejadian accident yang teruk jugak...tak sempat nak amek gambar kerana..sapa nak amek kena bayar RM5 pada yang mengalami accident tue..jadi sebab duit dah kering bershopping kat kelantan jadi taklah amek gambar..

kami sampai rumah dalam pukul 5.15pm!

Sesungguhnya pengalaman berada di Kelantan sangat indah!Tapi peringatan sila bawak cash yang banyak yer..sebab susah nak cari ATM machine kat sana..paling best jugak diorg punya signboard semua ada tulisan jawi! bukan jawa yer!selain itu bahasa Kelantan mereka jugak turut diutamakan dalam penulisan dipapan2 kenyataan,iklan atau notis..makanan pun semua sedap tapi kena bawak org macam geebonk lah..pasal dia duta jalan2 cari makan Kelantan..:)

lagi satu kat sana aku tak panggil rumah aku panggil ISTANA pasalnya kalau korang pergi sana aku jarang sangat jumpa rumah yang kecik2..kalau korang jumpa umah kayu tue..tue adalah umah mereka dulu..dan sebenarnya mereka dah berpindah ke istana! rumah diorg kebanyakkanya mesti ada menara loceng bak dayah kata (sengal lah ko) bukan menara loceng yer adik2 tersebut yg dimaksudkan adalah menara tangki air!..

Selain itu aku tgk org kelantan memang kaya raya pasalnya kalau korang perasan no plat keta diorg semua nya cantik2 belake! contoh DU 98! DG 100! DT 606! DD 999! pergghhhh bukan kereta mewah yer yang aku citer ni kereta viva,myvi,kancil jer pun dah pakai no cantik2 apa tah lagi yang maha mewah macam murano, merc, harrier dan sewaktunya tue kan... so sapa2 yang rasa nak mewah2 melimpah ruah macam warga kelantan amalkan lah sikap berniaga macam diorg semua..hope aku boleh kesana lagi bersama encik razis pula next time untuk tuntut hutang wayang kulit+wau bulan+muay thai+shooting time dengan geebonk!




antara yang menarik....tak pernah lagi jumpa pusat solek kereta (selalu tulis pusat aksesori)

ni macam klinik untuk samseng jer dayah lah kata heheheheh  dahsyat nama dia PINTU GENG... cayalah!

tgk tue "Buko Doh!" uuhhhuuhuh itu bahasa kelantan kalau negeri lain mana nak jumpa..

tgk ni mana nak jumpa dalam malaysia TESCO dalam bahasa jawi...
kat JOhor pun tak tulis dalam bahasa jawa..hahahahahha

p/s: 4hari 3malam tak cukup nak ronda kelantan :)

7 comments:

  1. wah..aku baca entry ni cam baca diari jim jah. fun giler holiday ni. terasa aku pon nak gi holiday kt kelate gak..hahaha

    ReplyDelete
  2. sengal...patut dia yang pergi dulu...wah aku sangatlah penat menaip dari 8pg tapi last2 11 lebih baru dapat upload!

    ReplyDelete
  3. wah 3jam bwt 1entri ni ..cayalah jim..ptot ko cuti seminggu kt kelate..baru leh redah sumer tempat..tp silap2 leh kena kencing manis kot..hahahah

    ReplyDelete
  4. memang sangat tak dinafikan..!! purata ramai yang mendapat diabetis berasal dari kelantan...tapi yang manis2 molek2 belake pown dari kelantan...ngeeeee

    ReplyDelete
  5. yeke..harus ke kelate ni mencari yg manis2 molek...huhuhu

    ReplyDelete
  6. klang pun ada..molek lagi warna ping tue..

    ReplyDelete


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...