Friday, August 27, 2010

.::Cara Barat Buat Daging Kisar!!!::.


Assalammualaikum semua blogers...pagi nie aku sahur dirumah akak di bangi..lepas sahur tadi kami borak panjang bersama abang ipar...jadi borak2 al-kisahnya...citer pasal kakak kami yang lagi sorang nak datang belanja berbuka kat sini petang nie..so kami bincang2 lah nak berbuka puasa dimana...citer lah tentang makanan halal ke tak kalau buka di hotel or yang setara dengannya..jadi terkeluarlah citer daging kisar..so akak aku pun citer lah yang orang sekarang nak buat daging kisar dia pergi masukkan LEMBU SEEKOR DALAM MESIN PENGISAR!!!!...astarfirullahaladzim...masa akak aku citer tue dah bergenang air mata aku terbayang meronta2 lembu tue terseksa...then kepala aku terus teringat kelas pengajian islam aku minggu lepas...yang ustaz kata memang kat Amerika ada cipta mesin macam tue dengan alasan nak kerja lebih cepat dan senang..
lembu sekor tadi dah jadi macam nie..sapa nak tau kan diorg sembelih ke tak :(
Cube kawan2 blogger semua bayangkan sesaat dua...macam mana seekor lembu yang hidup2 dimasukkan dalam mesin terus kuar jadi daging kisar..korang rasa mana gigi/tulang/kuku/ekor/najis/usus/bulu/kulit dan semua nya masuk menjadi daging kisar yang kite tgk datang dah siap - siap dipack kat pasaraya lepas tue balik kite buka bungkusan terus jer cuci and masak dengan selamber jer...korang tau kan dengan alat apa untuk kite guna pakai ketika menyembelih:

Disyaratkan alat untuk menyembelih itu sesuatu yang boleh memotong dengan ketajamannya selain kuku, gigi dan semua jenis tulang. Maka tidak halal binatang yang disembelih menggunakan tiga jenis alat. Ini berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam dari Rafi’ ibnu khadij Radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya: "Apa-apa yang dapat mengalirkan darah serta disebut nama Allah padanya (waktu menyembelih), maka boleh kamu makan, kecuali gigi dan kuku, dan aku akan khabarkan kepada kamu sedemikian itu, (kerana) gigi adalah tulang dan kuku adalah pisau orang Habsyah."(Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

masyaALLAH!...korang nak kata aku kesedihan melampau katalah..tapi aku tak sanggup nak tgk benda macam tue berlaku depan mata aku..ALLAH dah bagi guideline macam mana kite nak makan binatang yang boleh dimakan, tapi kenapa tak nak ikut...korang tengok video nie: MESIN KISAR LEMBU confirm lah kalau korang tengok mesti rasa sebak....tak tau lah kalau yang memang suka nak seksa binatang kan...
Penyembelihan haiwan cara ISLAM menghendaki pematuhan syarat berikut :

1) Haiwan disembelih dengan objek yang tajam (pisau) – supaya haiwan mati cepat dan serta merta .

2) Dikerat salur udara , kerongkong dan saluran darah leher – menyebabkan kematian nya tanpa dikerat gentian saraf di dalam tulang belakang .

3) Darah perlu disalirkan – Penyaliran bertujuan mengeluarkan sebahagian besar darah yang akan menjadi bahantara mikroorganisma . Gentian saraf tulang belakang tidak boleh dikerat kerana ini boleh merosakkan gentian saraf ke jantung semasa proses itu dan mengakibatkan jantung terhenti dan menghentikan darah ke salur darah .

Antara kelebihan dan hikmah-hikmah lain yang tercatat dalam tulisan ini adalah :

1) Darah adalah bahantara kuman dan bacteria – darah-darah yang mengandungi toksin-toksin beracun ini bakal dibuang jika disembelih dengan cara penyembelihan cara ISLAM .

2) Daging kekal segar untuk tempoh masa lebih lama – berikutan pengurangan darah pada daging berbanding cara sembelihan lain .

3) Haiwan tidak merasai kesakitan disembelih – Keratan pantas salur darah pada leher menghentikan pengaliran darah ke saraf otak yang menyebabkan kesakitan . Oleh itu , haiwan tersebut tidak merasai kesakitan . Ketika hampir mati , haiwan itu meronta , menggeliang-geliut , menggeletar dan menendang , bukan kerana sakit tetapi akibat penegangan dan pengenduran otot yang kekurangan darah dan akibat pengaliran keluar darah daripada badan

Yang terbaru hasil kajian dengan mengunakan alat ECG iaitu sejenis alat yg membaca gelombang otak telah mengesahkan gelombang otak binatang yang di sembelih dengan cara Islam berada dlm keadaan tidur seolah-olah di bius dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda tersiksa.

credit untuk SINI

"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu, maka apabila kamu membunuh elokkanlah pembunuhan itu, dan apabila kamu menyembelih maka elokkanlah penyembelihan itu, dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan pisaunya dan hendaklah dia menyelesakan binatang sembelihannya."

(Hadits riwayat Muslim)

Menyembelih binatang dengan aturan yang telah ditetapkan oleh hukum syara‘ adalah satu jalan yang boleh menghalalkan daging binatang itu halal dimakan di samping memenuhi syarat-syarat yang lain. Hal ini digambarkan dalam firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:Tafsirnya:

"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas berhala; dan (diharamkan juga) kamu menengok nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasiq."

(Surah Al-Ma’idah: 3)

Allah melarang kite MENYIKSA BINATANG...sebelum nie aku memang tak suka binatang berbulu2 nie..tapi aku tak adalah siksa...cuma tengok jerlah...kalau ada makanan kat aku, aku bagilah...kalau tak ada tak lah aku tak ada kerja pergi dengki binatang tue...coz ada hadith yang mengatakan:

Maksudnya: "Sesiapa yang melakukan perkara ini (menyeksa binatang), sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam melaknat sesiapa melakukan perkara ini."

(Hadits riwayat Muslim)

Adapun hukum daging binatang yang diseksa itu, jika ia mati disebabkan oleh seksaan tersebut atau disembelih ketika nyawanya diperingkat harakah mazbuh, maka ia dihukumkan bangkai, manakala jika ia tidak mati kerana seksaan dan ada (zhan) sangkaan padanya hayah mustaqirrah melalui salah satu tandanya seperti pergerakan yang kuat, pancutan darah dan sebagainya selepas disembelih maka dagingnya itu halal dimakan.

Begitulah sikap agama Islam terhadap binatang yang hendak disembelih, dilakukan dengan penuh ihsan sebagaimana hadis yang tersebut di atas yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu, maka apabila kamu membunuh maka elokkanlah pembunuhan itu, dan apabila kamu menyembelih maka elokkanlah penyembelihan itu, dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan pisaunya dan hendaklah dia menyelesakan kepada binatang sembelihannya".

(Hadits riwayat Muslim)

credit untuk SINI jugak.

P/S: Aku rasa macam nak masukkan jer orang yang cipta mesin tue dalam mesin dia sendiri..pastu jadikan dia macam dalam kertas bungkus kat bawah nie:
dah elok atas pinggan nie...lagi tak sapa tau daging lembu ke manusia betul tak??

9 comments:

  1. beli daging lembu made in malaysia
    yg dari oversea ni mmg sy selalu musykil..

    ReplyDelete
  2. betul tue yott..so far daging ramly tak ada masalah kan...

    ReplyDelete
  3. pernah dengar pasal ni..geli jugak dah nak makan daging kisar ni..isk

    ReplyDelete
  4. susah dah makhluk pandai sangat nie...disalah gunakan kepandaian untuk seksa binatang dan pentingkan keuntungan didunia sementara nie kak zu kan...

    ReplyDelete
  5. lebih baik jangan makan daging kisar walaupun dari malaysia ada cop halal jakim. beli je daging ketol2 kat pasar ada je orang islam jual.

    ReplyDelete
  6. MASA DAH TIME: kalau kite beli daging kisar kat pasar tue boleh tak?? yang boleh beli macam RM3 ke RM2 tue..dia timbang..sebab jim suka buat spaghetti bolognese,macaroni bakar and begedil yang banyak gunakan daging kisar nie..???:(

    ReplyDelete
  7. aku dah cakap kat mak aku pasal daging ni! depa tak pecaya!!!! hehehe

    ReplyDelete
  8. tuelah...bila org islam nk kuasai perniagaan makanan halal...aku ni belum cukup modal...

    ReplyDelete
  9. Aku mcm kurg pcaya.. lau msuk taik2 skali mstilh dging tu color lain n bkumn..sdangkn ngra brat mnitik beratkn kbersihn...

    ReplyDelete


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...