Friday, September 3, 2010

.::Oral Ulcer::.

Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.


Apakah yang menyebabkan ulser mulut?
Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :
(tapi bagi aku sebab utama adalah stressssssssssssss + kurang zat makanan ini berdasarkan pengalaman aku selama 24tahun)

■Stres

■Perubahan hormon

■Jangkitan (infeksi)

■Kekurangan zat makanan

■Alahan

■Radioterapi

■Kimoterapi

Tanda-tanda (simptom)
Tanda-tanda ulser mulut termasuk :

■Rasa membakar dalam mulut
■Kesakitan
■Tidak selesa
■Hilang selera makan
■Demam
(yang ni memang semua betul!!!)


Berapa lama ulser mulut akan sembuh?

Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh. (yang ni kalau aku yang kena sebulan 6hari baru sembuh!)

Perhatian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser.

Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :

■Gunakan bahan kumuran antiseptik
■Sapu gel atau krim penahan sakit
■Kekalkan kebersihan mulut yang baik
■Makan makanan lembut
■Elakkan makan makanan panas dan pedas
■Banyakkan minum air

kebanyakan ubat tue aku dah try tapi masa penyembuhan tak pernah singkat pun....dan hari ni sangat stress sebab AI tak siap lagi tapi dah dapat ulcer...=( sedih giler...kawan2 korang ada tak ubat atau petua lain selain diatas??? aku dah tak tahannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!

1 comment:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...