Saturday, April 21, 2012

Ulang tahun yang ke 8 dan 64 tahun

Salam, 19 April 2012 yang lepas adalah hari ulang tahun yang ke 8 Allahyarham ayahanda saya telah pergi meninggalkan kami selama-lamanya..disini saya memohon jasa baik pembaca untuk menyedekahkan Al-Fatihah buat ayahanda saya. Dan pada 20 April 2012 pula adalah ulang tahun yang ke 64 buat ayahanda saya jika beliau masih hidup,cepat jer masa berlalu kan? Apa-apa pun saya mendoakan beliau ditempatkan bersama - sama orang yang beriman dan sentiasa dirahmati Allah. Amin.

Okay, sekarang saya nak citer tentang MASA, ramai orang akan berkata yang mereka tak pernah ada cukup masa..tapi Allah telah anugerahkan kita dengan 24 jam masa untuk 1hari. Sehubungan dengan itu hanya orang - orang yang bijaksana menggunakan akal fikiran yang Allah berikan ini, berjaya membahagikan masa dengan sebaik-baiknya. Risau juga kalau kita gagal membahagi masa, ditakuti masa terhenti untuk kita. Eloknya 24 jam itu jika kita bahagikan masa kepada 3 bahagian iaitu: 1/3 masa untuk beribadat, 1/3 masa untuk bekerja dan 1/3 masa lagi untuk kehidupan bersama keluarga dan kawan-kawan. Malangnya lewat akhir zaman ini, hanya segelintir yang memperuntukan masa mereka untuk ALLAH.

Sedihnya...cuba kita renungkan kebelakang, kita boleh peruntukan 2jam untuk menonton wayang, 8jam bekerja demi dunia, 3jam mungkin berada dispa...tapi berapa jam untuk bersolat? 5minit subuh, 10 minit zuhur,10 minit asar, 7 minit magrib dan 10 minit isyak = 42 minit!..masyallah dalam 24jam hanya 42minit kita berasa syukur untuk Pencipta kita. Sejak akhir-akhir ini, terlintas dihati saya, Allah bagi saya masa yang sangat banyak untuk berada didunia, apalah salahnya jika saya memanjangkan sedikit saat saya sepatutnya bersama-samaNYA. Allah kan telah mengajar kita tentang adil, kenapa kita tak adil dalam membahagikan masa untuk denganNYA, tapi boleh pula adil masa dengan 4isteri? (eh, apa nie citer lain pula (^_^) sorry)..

Oleh itu niat saya tentang 2 perenggan disini adalah...hargai MASA sebelum anda memang betul-betul tak ada MASA.Itu jer hehehe..jom kita bahagi-bahagikan masa jom :)

p/s: korang dah tengok iPad 3 kat machine semalam? ;)

^Thanks ya for reading me here^

2 comments:

  1. assalam MJ..Al-Fatihah buat ayahanda..semuga dia ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..ehem dah 8 tahun dia pergi..mama harap MJ tabah meneruskan kehidupan..

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah...redha dgn takdir ilahi...MJ perghhh nama dah macam michael jackson dah mama

    ReplyDelete


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...