Assalammualaikum,
Aku difahamkan bahawa terdapat adat Lombok yang mengamalkan
melarikan anak dara orang lain untuk dijadikan isteri. Gadis itu dengan tiba - tiba
rela hati mengikut ke rumah ibubapa lelaki terbabit dan tinggal di situ buat
beberapa ketika tanpa pulang. Okay itulah gambaran orang kita apabila disebut tentang Lombok!
Apa pun yang orang kita fikir, aku dengan degilnya telah membuat pembelian awal ketika AirAsia mengadakan promosi laluan Johor Bahru - Lombok pada tahun lepas. Keputusan ini dibuat kerana kalau tak beli waktu itu, makanya harga serendah RM300 pergi balik berserta bag, in - flight meal dan insurance tidak akan datang lagi.
Okay, me and kawan seperdajalan (Dhiya) berlepas seawal 06:50 am dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan memakan masa sekitar 3 jam to touch Bandara Lombok di Mataram. Perjalanan yang pertama kami mengambil bas Damri untuk sampai ke Sengigi, yang memerlukan 2 jam waktu perjalanan. Dari Senggigi kami menaiki taxi BlueBird untuk ke Bangsal Harbour (Demarga). Untuk makluman ada banyak dermaga yang boleh diaccess ke Gili Trawangan, samada di Bangsal atau di Telok Nare atau boleh juga di Telok Kode. Bezanya adalah harga! Disebabkan trip ini sedikit budgetnya, kami gunakan Bangsal Harbour untuk ke Gili Trawangan kerana sekitar RM10 sahaja seorang termasuk cukai laut. Slow boat atau bot untuk penumpang awam yang seringkali digunakan oleh masyarakat setempat ini hanya akan bergerak setelah penuh muatannya.
Perlu diingatkan yer, taxi BlueBird tidak akan menghantar anda sehingga ke jeti, tetapi anda akan diturunkan dijalan masuk ke jeti. Disini ada dua cara, samada menaiki Cidomo (kereta kuda padi) atau berjalan kaki. Disebabkan kami hanya membawa backpack, jadi kami memilih untuk berjalan kaki sahaja yang mengambil lebih kurang 15 minit secara santai. Bot penumpang akan bergerak meninggalkan jeti hanya setelah bot tersebut sudah penuh, jika tidak tunggulah sambil main Instagram k! haha.
Setelah setengah jam meredah ombak, Gili Trawangan pun menyambut sekalian isi perut bot dengan mesra sepoi - sepoi bahasa :). Oh yeah! masa ni memang jakun sangat tengok air laut yang membiru menghijau mengtoska! yang boleh menampakkan segala isi perut laut tu. Korang pergi baru korang dapat feel kejakunan tu.
Dari dalam bot lagi ko dah leh nampak signage ni |
Terus, kami belok ke kanan atas panduan google map mencari ceruk Jln. Lumba - Lumba dimana terletaknya Sandy Beach Cottage. Perlu diingatkan lagi sekali, disini ada banyak Cidomo yang menunggu korang yang memberi perkhidmatan untuk penghantaran ke hotel / chalet / cottage. Harga bergantung kepada jarak kejauhan tempat penginapan dari jeti k. Tapi cam biasalah untuk kiteorg prefer jalan kaki dan cari sendiri.
Disini waktunya sama di Malaysia, tetapi masuk waktu solatnya awal sedikit dari waktu di Malaysia. Contohnya, Subuh: Malaysia 5:30AM Lombok 4:30AM, dan sekitar 6:00AM langit dah terang.. (patutlah masa aku tanya owner cottage tu jam berapa ya kami bisa mandi di laut dia jawab 5:00AM! haha.Silakan). Uniknya di Gili ini, korang takkan risau terlepas waktu solat sebab speaker azan dia memang jelas, orangnya jer yang kurang jelas tentang habis waktu. Lombok juga terkenal dengan negeri seribu Masjid.
Malam pertama, kami habiskan masa berjalan dari hujung ke hujung dan ke pasar malam serta menjengah beberapa bar yang terdekat dengan cottage (jangan salah sangka pula, kami tak minum air Bintang tu kami minum mineral water dan order fries sambil menikmati live band je :| haha). Disebabkan malam makin rancak dan pelancong Eropah makin ramai yang menyinggah jadi kami decide nak pulang tidur saja untuk activity keesokkannya.
Kat Malaysia tak nak plak aku makan menda alah Gelatto ni |
Apa yang kami perhatikan disini, pemuda Lombok sangat berbudi bahasa (charming) walau tak sehensem mana pun. Mereka sangat menyantuni wanita mungkin itu adalah faktor utama ramai anak gadis yang terlajak sayang kat mereka ni, itulah kelebihan jejaka Lombok. Haha. (Masih terngiang - ngiang ditelinga aku bila ada yang memberi salam dan bersapa "Inikah jodohku", kecut urat nadi aku haha!).
Azan subuh pertama je aku terus bangun sebab tak sabar nak solat and bersiap untu activity pertama kami. Snorkelling! Aku dah siap terus jerit kat Dhiya suh bangun sementara aku pergi order breakfast dekat kaunter, sebab dekat sini diorang serve sarapan depan pintu. Siap sarapan kami terus ke kedai snorkelling disimpang masuk Jln. Lumba - Lumba dan sewa GoPro Hero juga :)
Trip snorkelling kami ni dibawa ke 3 spot utama katanya yang ada penyu, then tempat bot karam then tempat coral. Tapi bagi aku yang dah pernah snorkelling kat Tioman and Perhentian, we found ours are better than here. Sebab coral kat sini banyak dah mati. Perhentian terakhir kami diberi 2 jam rehat di Gili Air untuk makan tengahari. Yang bestnya Gili ni pantai dia bersih sangat - sangat dan sangat sesuai untuk party goers, sebab it's a chance to truly chill out & appreciate parties with vibrant music pasal setiap bar ada DJ mereka sendiri which is create different beat.
Selain dari snorkelling, berparti, ada juga aktiviti lain macam berbasikal keliling pulau tersebut yang hanya memerlukan sejam katanya untuk habis pusing, belajar memasak ayam taliwang, berurut, hair spa, manicure / pedicure,jungle trekking di pulau komodo, berkayak, stand - up paddle board surf - benda yang kiteorg tak dapat nak buat as the strong wind not allowed us to surf :( atau melepak ditepi - tepi port yang awesome sambil membaca novel kegemaran korang!.
Pada awalnya plan kitaorg nak mendaki gunung Rinjani tetapi akibat beberapa faktor yang memaksa kami untuk membantalkan pendakian tersebut, kami menukar rancangan bershopping sakan ke Bandung. Oleh hal yang demikian kami terus mengambil keputusan membeli tiket penerbangan domestic bersama Citilnik Airlines (kira AirAsia Indonesia la) untuk ke Bandung. Tapi nak story sikit pasal kapal terbang Citilink Airlines ni yang bestnya setiap penumpang diberi percuma 20kg had bagasi which is kiteorang dapat 40kg la kan tapi kiteorang guna 20kg jer pun.
Kiteorang landed Bandung around 4.30PM actually delay dari Lombok. Kat sini I noticed airport collecting bag system dia cam tak berapa nak selamat la compared to Lombok airport. Padahal this is my second time in Bandung. My first was 2007...so long time ago and I travelled by bus from Jakarta at that time.
Ringkaskan cerita malam tu kiteorang gatal pergi tengok wayang cerita 3 Dara kat panggung Transtudio Mall yang hanya sejalur hotel kami. Pengangkutan utama kiteorang di Bandung adalah Angkutan Kota (Angkut - Angkut) which is cheaper. Sepanjang 3 hari disana kami banyak menghabiskan masa bershopping di Pasar Baru Trade Centre, Pasar Kosambi (makanan and jajan untuk oleh - oleh), Pasar Kota Kembang (banyak jual kasut - kasut), Jln Jend.Sudirman (wholesale business area), Factory Outlet Paris Van Java, Factory Outlet Jln Cihampelas and Factory Outlet Sukajadi. End of story our luggage was 50kg + 14kg ngam!
Tips perjalanan:
1.
Periksa passport anda,passport mestilah masih hidup 6 bulan sebelum
tarikh luput jika mahu ke luar negara kecuali Singapura.
2.
Rancang perjalanan lebih awal untuk dapatkan
tawaran tiket murah dari syarikat penerbangan.
3.
Membuat kajian teliti tentang tempat yang ingin
anda lawati.
4.
Lakukakan catatan tentang survey harga yang anda
dapati dari blog atau laman web.
5.
Membuat photocopy passport dan alamat anda di
Malaysia.
6.
Bawa makanan yang mudah seperti Maggi Mi,
Gardenia, 3 in 1 coffee, biskut, snacks and etc.
7.
Sila bawa toilet tissue dan toiletries sendiri jika anda
memilih hotel bajet.
8.
Sediakan basic first aid kit serta ubat – ubatan
yang perlu.
9.
Cuba untuk belajar bertutur dalam bahasa masyarakat
setempat, mungkin menguntungkan anda kerana harga boleh ditawar serendah
mungkin jika anda memang bijak berbicara bahasa mereka.
10.
Cuba makanan tradisi sesuatu tempat jika HALAL J
11.
Menjaga adab dan tatasusila sebagai rakyat
Malaysia.
Ringkasan perbelanjaan Lombok dan Bandung 1 - 6 October 2015:
Items
|
Price
|
JHB – LOP (AirAsia)
|
RM 151.75
|
Damri Bus (Airport – Senggigi)
|
IDR 25,000
|
Taxi BlueBird (Senggigi – Bangsal Harbor)
|
IDR 100,000
|
Boat (Bangsal Harbor – Gili Trawangan)
|
IDR 25,000
|
Sandy Beach Cottage 3H/2M
|
IDR 600,000
|
Snorkeling + Glass Bottom Boat
|
IDR 100,000
|
GoPro Rental
|
IDR 350,000
|
Boat (Gili Trawangan – Bangsal Harbor)
|
IDR 15,000
|
Chartered van to airport
(share)
|
IDR 183,000/pax
|
LOP – BDO (Citilink Airlines)
|
RM 279.70
|
Taxi to hotel as we drop a boutique for ½ hour
|
IDR 70,000 + 30,000
|
dPalma Hotel 3H/2M
|
RM 325.81
|
Movie watching
|
IDR 35,000
|
Laundry 2.5kg
|
IDR 50,000
|
Taxi to airport as we drop by a boutique for 15 mins
|
IDR 50,000
|
BDO – JHB (AirAsia)
|
RM176.18
|
Kesimpulan:
Gili Island : Best and fun for party goers!
Bandung : Super fun for shopaholics! Bawak duit 1 billion rupiah pun boleh habis #pengsan.
Sebahagian barang - barang yang belum dipacking |
P/S: Soalan yang aku tak akan lupa and tak tau nak jawab adalah apabila sipenjual kain di Bandung bertanyakan hal "Kenapa ya Pak Najib ?" and I was like....hurmmm okay ada yang mengambil berat tentang Malaysia. Kerana ketika itu currency kita sama jer dengan Indonesia tak jauh beza pun. #lol.
*sorry lah korang aku cam tak ada mood nak upload gambar bebanyak sebab dah banyak upload kat instagram.
Pray - Work - Travel and Repeat :)
Thank you for reading!
Thank you for reading!
wah Jim berjalan ke Lombok. dah lama tak melawat blog Jim.
ReplyDeleteHello Blogger!
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Lama xupdate
ReplyDelete