Assalammualaikum
Sugeng
Enjing! For
sure korang cam terpinga – pinga kan apa benda lah yang aku mengarut ni?
Ini kalau dalam bahasa melayu kita sebut Terima Kasih = Matur Nuwun, dan Selamat
Pagi = Sugeng Enjing. So
berbalik pada perkataan ketiga entry ni “Jogja” atau dialih bahasakan
berbunyi “Terima Kasih Jogja!” so
meaning that I was in Jogjakarta recently, and that was super awesome!
Since,
sekarang ni AirAsia telah memperkenalkan penerbangan terus dari JHB –
JOG sejak April tahun ini sebanyak 4x penerbangan seminggu, we are felt so convenience and thanks a lot
to AirAsia. Jadi aku dan Nurul (partner in crime) telah membeli tiket
tersebut pada 26th June 2014 dan kitaorang memilih untuk ke Jogja
Art City pada 26th – 29th September 2014.
Memandangkan
hanya kami berdua, jadi perjalanan akan menjadi lebih ringkas dan pantas! Yeay! (start dah excited). Thus, sebelum
aku terlupa, Nurul telah meng“hire”
seorang tourist guide untuk kami dan
aku menguruskan soal penginapan melalui Agoda.com.
Day 1 – Minggu Kliwon 26 September
2014 (1 Besar 1947)
Alrite! Ready? Set? Go!
Kitaorang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail , Senai
jam 12:15 PM waktu tempatan dan mendarat jam 1:30PM waktu Indonesia. Yeay! Kami disambut oleh tour guide kami mass Denny bersama
pemandu peribadi kami bapak Dedi untuk 4 hari 3 malam. Terus......kami tidak
dibawa ke tempat penginapan dulu ya.... kerana siang masih ada, ,jadi kami
langsung dibawa ke Merapi Valcano National Park! Yang mengambil masa 45 – 55 minit
dari Lapangan
Terbang Adisucipto, Jogyakarta.
Merapi Valcano National Park Base Camp 2 |
This was super awesome!
Okay environment agak berdebu (relax lah dah kau pergi ke gunung
berapi, bukan gunung Everest) , dikhabarkan latest meletus pada 2010 tapi
kitaorang memang enjoy habis sampai tak ingat pun benda tu boleh meletup, sebab
nak naik ke kawasan tu kena guna Jeep 4x4,
so memang best lah kan sebab adventure (mau tak adventure 3x kot jeep tu
menggelongsor kebelakang hahaha!) dan aku tau aku takkan dapat rasa benda –
benda macam ni kat Malaysia (memang lah weh, ada plak gunung berapi kat
Malaysia).
Fine with that!
Sampai je kat check point yang kami
kena turun and nak usha – usha panorama yang sungguh breathtaking, tiba – tiba aku terdengar ada orang jerit nama aku!
“zimahhhh!” (for those yang kat office normally memang panggil aku
zimah, so what the heck...punya lah
jauh aku pergi ni ada jugak orang yang kenal aku), so aku pun buatlah macam
pandang belakang ala – ala suspend kan....rupanya colleague aku si Sin Yi, Ju
Ling, Evelyn, Zhi Yan, Wai Seng and
Eugene LOL! What a small world! Then kitaorang pun taking some photos untuk membuktikan bahawa
kami memang benar – benar diluar negara haha!
Bukti erupsi, tapi awas ya 2 mbak itu bukti kami sampai saja ha... |
Edelweiss the long lasting flower antara yang menarik perhatian aku |
Okay fine tak nak turun sambil gigit2 seat jeep! **drooling! |
Selesai
amek gambar bagai semua, kami turun semula ke Base Camp untuk meneruskan perjalan pulang ke bandar where was our hotel located. Dalam
perjalanan pulang si Nurul bising lapar nak makan, so Denny mengajak kami makan
di sebuah restoran “Timbol Raso”, aku order lah nasi goreng seafood dengan gado – gado bersama air jeruk asem and well biasa je bagi aku, rasanya
kurang kick! Okay tak apa kita
tinggalkan makan malam tersebut dan langsung check in di Neuve Hotel of Jogjakarta, Jln Mataram.
Okay
cakap sikit pasal hotel ni, its actually
new hotel and everything is in good condition, but tak ada disediakan water boiler dengan mini fridge. Tetapi they all
are so nice, setiap malam hantar kan 2 teko comel air panas, dan membenarkan
Nurul pinjam hair dryer untuk 3
malam, dan iron untuk aku gosok
tudung 3 hari haha. Sarapan dia, biasa jer cuma aku ni je yang tekak western pagi – pagi a bit unhappy sebab as you
cannot have the omelettes, fries, sausage, half boiled egg, baked beans, cereal
and etc, sebab yang adanya nasi kuning, nasi goreng, ikan gurame, keropok,
bubur nasi, mee goreng and toast. Tapi service
housekeeping dia memang keren! Katil dia kusemangat jahhhh macam sleeping beauty punya katil gebu dia
haha.
Sugeng
Ndalu Jogja!
Day 2 – Minggu Kliwon 27 September
2014 (2 Besar 1947)
Sekitar
jam 4.30AM azan subuh sudah berkumandang ya kawan – kawan, sebab beza waktu di
Jogja dengan Malaysia sejam. Disebabkan aku ni kan jenis morning person, so kul
4:00AM aku dah tersedar dan terus buka tingkap (haha jakun! padahal matahari
belum naik pun).
Disebalik langsir room 221 - Sunrise at Neuve Hotel sekitar jam 6:00AM |
So
kitaorang siap – siap lah pagi tu untuk Jogja City Tour , tempat pertama
yang kami terjah adalah Verdeburg Museum yang terletak
berdekatan 0KM of Jogjakarta yang pada asalnya dibangunkan sebagai pusat
pemerintahan Belanda pada masa dulu. Terus, kami dibawa ke toko kaus (kedai t-shirt) dan toko batik (kedai kain sutera/batik Jogja),
katsini aku grab t-shirt jer lah.
Lost in 0KM of Jogja! well uncle with the roller blade could you please show me the way? |
0KM |
Disekitar Verdeburg Museum suka giler structure dia **vintage! |
Selesai
je merayau – rayau kat area tu langsung Pak Dedi memandu kami ke Cave
Tubing Goa Pindul di kawasan Gunung Kidul sekitar 2 jam lebih
keluar dari Jogja city. On the way
tu Nurul acapkali ketiduran kerana jarak perjalanan yang jauh dan udara yang
segar kerana kami melalui kawasan pergunungan. Aku memang takkan tidur la,
sebab rasa rugi kalau tidur dan terlepas untuk nikmati keindahan ciptaan yang Maha
Esa. So apa yang kami buat di Goa Pindul ni? sampai mass Denny ingatin aku sama Nurul
jangan lupa baju gantiannya ya mbak. Okay bagi yang meminati aktiviti
yang ada unsur kelainan selain dari shopping
dan melihat tempat bersejarah, kami sangat prefer untuk pergi vacation yang memerlukan kami
melakukakan aktiviti – aktiviti yang rare
lah senang kata. Contohnya seperti gambar dibawah ni:
Sedia untuk mengambil jaket keselamatan |
Sempat lagi tu selfie |
Angkut sendiri ya pelampung korang |
Macet ya kawan - kawan |
Pintu masuk Goa Pindul |
Pintu keluar Goa Pindul, tak macam Sunway Lagoon lak kan orang |
Memang
best, tapi yang tak best nya macet
(jem!) ya kawan – kawan di dalam gua tu, begitu ramai orang, aku pergi Legoland tak macam ni haha. Kata mass
Denny jika kami datang pada weekdays
akan lebih tenang. Then keluar – keluar jer terus nampak sawah padi, walaweiii
! (aku jakun lagi sampai tahap tak nak kuar dari tali air yang nyaman bangat
itu!).
See anak - anak beras! _ Nurul kata pokok nasi kah! |
Usai
bermain air, kami dibawa pulang ke check
point asal, dan berpeluang memasuki sebuah gua batu kristal. This is superb too! Tak pernah dalam
hidup aku ni dapat masuk gua dan tengok sendiri batu kristal yang original! I repeat, its original! Dan
yang surprisenya, gua ini baru
diketemukan beberapa bulan lalu dengan tidak sengaja oleh seorang orang
kampung. Ceritanya begini:
Masyaallah! |
Subhanallah |
The hidden crystal |
Berapa ramai yang suluh aku gara - gara nak amek gambar ni |
Okay,
kita doakan yang gua baru ditemui ini akan dijaga sebaiknya oleh kerajaan Jogja,
langsung kami meneruskan perjalanan (dengan basah – basah rashguard (baju mandi) kami menuju ke Sri Gerthuk Waterfall
yang mengambil masa sekitar 35 minit dari Goa Pindul. Setibanya kami di
perkarangan pakir kereta jam sudah menunjukkan jam 4:00PM. Di Jogja jam 6:00PM
saja sudah masuk waktu maghrib. Fine, kami bergerak pantas tapi tersangkut
jugak sebab kan aku ni datang pakai kasut Vans je, so takkan aku nak basahkan
Vans tu kan, jadi sebabkan aku ternampak ada mbah (nenek) menjual selipar Jogja, aku terus beli (nak jalan
kaki jauh lagi kak non! Mau bocor tapak kaki aku).
I got my Jogja slipper |
So,
kitaorang pun jalan lah turun ke kaki bukit, dalam 800 meter ke bawah,
perggggghhhh!! Terus nampak clear river!
Hilang sakit kaki, hilang penat lelah aku, yeay! Kitaorang pun apa lagi
melompat terus naik atas apa ntah nama benda alah ni, dibawa ke lokasi
seterusnya:
Subhanallah! |
Di
lokasi kejadian.....subhanallah!
(jakun lagi! Cam tak pernah nampak air terjun lak aii), awesome..so kami
menghabiskan sedikit waktu, bersiram dan merakam aksi – aksi berani terjun
pengunjung yang lain:
Okay fine, belakang tu aku tak kenal, duduk jer sebab full! |
Terus
kami pulang semula ke Jogja city yang mengambil masa 3 jam
dari Sri
Gerthuk Waterfall. Kami sudah membawa 2 juta memori indah sejak
semalam, dan ini akan sentiasa ada untuk kami kenang sampai kapan pun.
Since
kami sampai di hotel awal, jadi kami meminta Pak Dedi tumpangkan kami untuk ke Plaza Ambarrukmo atau lebih senang di
sebut amplaz mall (antara shopping
complex yang grand lah di Jogjakarta) untuk kami cuci mata dan
Nurul beli baju (baju dah habis katanya). Kami menghabiskan sekitar 2 jam di amplaz mall, dan ternyata kami beruntung
sebab ada perkumpulan peniaga – peniaga dari luar bandar yang menjual barang –
barang kraftangan seperti patung wayang kulit, pakaian tradisi, makanan tradisi
(Bakpia
Pathuk = macam kuih biskut kacang) dan batik Jogja. Well biasalah aku
ngan Nurul tak buang masa terus beli apa yang patut sebabnya before that kami
dah singgah souvenir shop nearby tapi
tak jumpa yang unik macam yang kat sini. Aku pun sempat beli shawl sehelai,
saja gatal nak tambah semak kat umah. Setelah puas round kami ke kaunter taksi,
untuk pulang ke hotel sekitar 7KM atau IDR30,000 = RM 10.00 dari amplaz mall.
Sugeng
Ndalu Jogja!
Day 3 – Minggu Kliwon 28 September
2014 (3 Besar 1947)
Owh
tidakkkkk dah hari ketiga!
Mass
Denny pesan ya sama kami agar tidak kelewatan pagi ini kerana kami perlu ke
luar bandar, yang jaraknya sekitar 2 jam lebih. Seawal 8:00AM kami memulakan
perjalanan dan kami bertuah kerana bertembung dengan festival hari kedaulatan
rakyat disekitar kota Jogja iaitu perayaan ulang tahun Jogjakarta yang ke 258
tahun! (fine, Malaysia baru 57 tahun
okay).
Untuk
ke Dieng
Plateau kami perlu melalui kawasan Wonosobo dan perkampungan dimana ada
banyak pasar pagi yang menjual banyak barang dagangan untuk keperluan harian.
Jalannya bagus, hampir tidak terjumpa lubang – lubang sperti di Malaysia,
tetapi berselekoh ya ampunnnn..Nurul hampir sahaja muntah, sebab kita terpaksa
melalui gunung – ganang kerana Dieng Plateau ini gunung yang
terjauh dari Kota Jogjakarta. Udaranya bersih, nyaman memang kalau aku cakap
pun korang tak boleh nak nikmati kecuali korang pergi sendiri. Cam biasalah nak
pergi tempat yang cantik, mesti ada susahnyakan..macam kita nak naik Genting
Highland atau Bukit Fraser, macamtulah. Dikiri
kanan jalan kami dihamparkan pemandangan indah, dari bawah sampai atas gunung
rakyat pergunungan melakukan aktiviti bercucuk tanam, terutamanya lobak merah,
kentang, daun bawang, kobis bunga, carica, daun tembakau, pokok kayu putih dan kacang tanah.
Kami
meminta Pak Dedi memadamkan penghawa dingin dan membuka semua tingkap, wahhhh!!
Dingin bangat! Fresh! Seriously aku
dengan Nurul beruring – uringan
(arguement) kerana berangan nak beli tanah di pergunungan tersebut.
Kami
singgah sebentar di Dataran Tinggi Dieng, Kabupaten Banjarnegara, Central Java
untuk melihat Candi Arjuna iaitu candi yang paling utara di Jogja
and this makes Jogja being eksotisme place to visit. Alrite,
sebelum aku terlupa, kami masuk toilet sekejap sebab nak terkucil, yer lah kan
sejuk, sekali masuk toilet dia air dia macam baru kuar dari peti ais! (amek
kawww beku urine! kah!).
Selesai bergambar, kami langsung menuju ke Sikidang
Crater, sekitar 20 minit dari Candi Arjuna, di Sikidang Crater ada ramai penjual surgical mask dibawah kaki gunung,
katanya bau sulphur itu busuk, tapi bagi aku biasa jer, mula – mula jer aku
rasa busuk lepas tu dah hilang dah sebab sejuk kan. Sikidang Crater adalah
salah satu dari ratusan gunung berapi yang aktif meletus. Ianya dinamakan si
kidang (si kancil) kerana
sifatnya suka melompat – lompat meletus dimana – mana sahaja. Disini ada banyak
penjual barang – barang souvenir dan
pemuzik tradisional yang mengamenkan
(memainkan) lagu – lagu klasik menggunakan angklung. Antara aktiviti yang boleh
kita lakukan selain memasak telur, kita juga boleh menunggang motor scrambler yang telah sekian lama aku
nantikan, haha. Ada juga disediakan ATV,
dan kuda bagi yang bisa menunggang lah.
Masak telur dalam tanah |
Comparing my last visit in
Tangkuban
Perahu at Bandung, aku prefer Sikidang Crater lagi sebabnya kat
sini kita boleh pergi as close as we can
dengan kawasan kawah gunung berapi tu. Selesai jer di Sikidang Crater, kami
turun pula ke Dieng Plateau Color Lake, disni kecil sahaja tempatnya, cuma ketika kami
datang Jogja sudah beberapa bulan tidak hujan jadi air tasik semakin
mengering, jika air tasik penuh dan matahari sedang terik, sure I can capture a turquoise blue lake.
Masa aku kat sini, memang nak sangat main flying
fox tu, tapi malangnya panjang sangat orang beratur so kami akur sahaja untuk segera meninggalkan kawasan tersebut.
Air kering sebab Jogja dah beberapa bulan tak hujan |
Sebelum
pulang kami sempat membeli Carica, iaitu sejenis manisan tempatan yang dijual
pelbagai size dan warna. Carica ada sejenis buah seperti bentuk buah betik
tetapi tidak rasa seperti betik, ianya kecil sebesar lada benggala (capsicum),
manis dan rangup!
Terus,
kami bergerak menuju Magelang, Central Java untuk melihat
Candi
Borobudur (Nurul’s most wanted
place to go). Aku tak tahu lah berapa jarak antara Dieng Plateau Color Lake, tapi
bagi aku jauh sangat lah, sampai Nurul tidur bangun, tidur bangun, dengan Pak
Dedinya mencilok avanza kami beberapa kali kerana macet (jem!). Adalah aku kira dekat 3 jam jugak nak sampai, dan
ketika kami sampai cuaca semakin menghampiri malam, dan dengan gelojohnya Nurul
berlari lagak Amazing Race tak hengat
ke Candi
Borobudur! Haha! Tu sebab ada kat instagram
aku letak #lepakmarathoncandi sebab
memang lepak LOL! So sampai atas, tak taulah bape ratus mata anak tangga aku
lari tadi, sesi photography bagai nak rak haha. Lepas kami disound beberapa
kali oleh PA system agar meninggalkan
Candi Borobudur kerana sudah habis waktu melawat barulah kami dengan berat
hatinya buat – buat jalan lambat –
lambat kah!.
Habis
kisah candi, tiba – tiba Nurul bukak cerita dia nak pergi balik toko kaus
yang semalam kitaorang pergi tu sebab katanya dia nak beli kebaya yang dia duk
mimpi – mimpikan semalam, huh! dasar ya kamu! Okay disebabkan Nurul nak jugak
pergi, Pak Dedi berusaha keras pandu pecut masuk ke lorong – lorong gelap (shortcut road) untuk sampai ke kawasan
tersebut, kami melalui Jalan Malioboro dan Jalan
Prawirotaman dan aku mengambil kesempatan ini untuk menukar wang lagi
disini.Selesai aku menukar wang, kami terus ke kedai yang dikehendaki Nurul.
Aku kelihatan beberapa peniaga disekitar jalan tersebut berbisik dan bertanya
dengan mass Denny. Lalu aku terdengar, rupanya mereka fikir Nurul itu penyanyi
dangdut iaitu Erin Susan haha LOL!
Aku pula dianggap manager peribadi
Nurul, okay fine ini memang sangat
lucu ya! Penyanyi Dangdut! (Nurul kalau
tak launch album bulan depan, aku tak tau lah). Adui hai, malam kami berakhir
dengan keletihan kerana ketawa yang terburai disepanjang jalan pulang ke hotel and ready to pack everything!
Sugeng
Ndalu Jogja!
Day 4 – Minggu Legi 29 September
2014 (4 Besar 1947)
Hurmm,
dah last day tapi excited sebab kitaorang nak ke Candi
Prambanan bukan sebab nak balik. Selesai urusan check out, kitaorang pun sarapan macam orang kebulur. Dah setengah
jug kitaorang minum guava juice so
masa untuk meneruskan lawatan sementara masa berbaki beberapa jam sebelum kami
berlepas pulang ke Malaysia. So kami terus ke Candi Prambanan atau juga dikenali
sebagai Candi Rara Jonggrang sekitar 20 minit dari hotel. Best sangat
sebab hari Isnin kan, orang sudah ke kantor
(pejabat) kami masih berlibur (berenjoy!)
yeay! Lama jugak kami habiskan masa kat sini, cam biasalah bila xada orang,jadi
monggo, dipun prayogike! (silakan
buat seperti rumah sendiri). Terbang sana terbang sini, sampai kehausan idea
nak pose macamana lagi haha. Kat sini
ada banyak candi sebenarnya tapi yang mainnya
Candi
Prambanan lah antaranya Candi Sewu, Candi Ratu Boko, Candi Mendut,
Candi Burbah dan macam – macam candi lagi. Kami sempat pusing kawasan
tersebut dengan shuttle train then
terus keluar ke bahagian souvenir. Ya, kat sini banyak sangat pilihan dan senang
untuk bargain harga, end up aku beli apa je purse untuk mak Nurul, sebab dia akan pickup kitaorang kat Senai,
airport nanti. Kami sempat minum air kelapa di sekitar kawasan
tersebut, enak bangat sebab matahari tengah tegak atas kepala haha.
Alrite,
masa untuk pulang,setelah kitaorg diturunkan oleh mass Denny di airport, kami
iterus check in luggage yang berkilo – kilo ni huhu mujur dah siap –siap beli
extra KG. So far semuanya selamat dan kami harap akan kembali lagi untuk
menyambung apa yang kami tak sempat settlekan haha. Kerana ada beberapa benda
yang aku terkilan tak dapat kat Jogja ni, antaranya tak berpeluang arung jeram (water rafting) kerana sungainya kontang, CD keroncong, buku puisi,
hiking di Bromo mount, ke Pasar Beringharjo, crossing between two Beringin trees,
Taman Sari, Parangtritis beach, Keraton Yogjakarta dan riding superbike! (sebab tak payah amek lesen kalau bawak kat sana
haha). So maybe aku akan ke sana lagi insyallah tapi tak tau lah bila, sebab
2015 ni punya schedule ni macam fulled je :p okay for those yang
tergerak nak pergi Jogjakarta I may call City of Art you may call him as below:
Email: denny100381@gmail.com
Facebook: Raffael Denny
BBM: 75633A39
Phone: +6285228026981
This is my compliment for mass Denny sama Pak Dedi kerna servicenya tip top, persis princess
dilayani kami sejak hari pertama. I would
like to recommend him to all who wish to visit Jogja!
Mass Raffael Denny |
Tip berlibur di Jogja:
- Datang lah dalam middle September – middle October sebab ada pesta kerakyatan
- Kalau boleh datang lah seminggu haha barulah sempat nak pg semua – semua tempat yang ohsem tu
- Pastikan sentiasa ada bun, maggi cup ke biskut ke dalam backpack anda, sebab kita xnak buang masa berenti makan direstoran haha (ini yang jenis macam aku lah xkisah makan janji dapat berjalan! lagipun aku ni jarang boleh masuk tekak makanan ditempat orang)
- Sihat! Kesihatan yang paling penting yer sebab kalau anda tak fit bagaimana mahu berlibur!
Conclusion is Jogja
#jimbestescape
#jimgreatholiday!
Thank you for reading
this entry!
jogja mmg best n cantikkn.. tggu dayyan besar ckit nnti i nk g sna jgk.. btw cun gmbr2 almaklumla, tuan tanah pn cun.. :)
ReplyDeleteamboi sakan berholiday..plaza ambarrukmo tu brg2 dia mahal..ahaha..konon2nya la...nak tapau satu sandal..harga dia rupanya RM85..pastu takde jenama..beli kat sini dpr croco @ bonia..terus cancel !!..tekak mama ni pun susah nak terima makanan yg pelik2..ahaha..hari2 makan nasi minang & seafood je..
ReplyDeleteCik Puan Nunu: aah cun lah sangat, tuan tanah pandai cover jerawat ni dengan teknik lighting terkini hahaha,dayyan cepat besar ea... nanti nak dapat adik plak :)
ReplyDeleteMama: Masa jim pg tu amplaz tgh sale, so kiteorg beli la apa2 ntah haha rezeki, tapi normally day mmg mahal pun, sbab ada beg travel dia kat malaysia around rm800 then masa sale tu almost rm300 macam tu, jim tak tersempat nak rasa nasi gudeng, sebab rasa nya kalau sempat pun cam tak tertelan hihihi~~~
liburan yang sangat menarik sekali,,pengen banget ke yogyakarta,,banyak tempat wisata nya..
ReplyDeleteiya benar nitaherbal, kalau 5hari mungkin lebih banyak lagi tempat wisata yg boleh dikunjungi :)
ReplyDeleteAssalamualaikum wr wb.
ReplyDeleteSebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.
Kami dapat bagi harga yang berpatutan tentunya dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010. Tanya2 dulu tidak mengapa..
Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa dan lain-lain. Ada juga sewa kereta / van / minibus dengan harga yang berpatutan. Harga tidak mengikat, kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.
Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)
1st day (pusat kerajinan gerabah Kasongan, Parangtritis beach, Pusat kerajinan kulit Manding)
11.15-11.45 airport
11.45-12.15 goto localresto
12.15-13.00 lunch
13.00-13.30 go to hotel c/in
13.30-14.30 istirahat sejenak di hotel
14.30-15.15 go to pusat kerajinan gerabah kasongan
15.15-16.00 kasongan
16.00-16.30 goto parangtritis
16.30-17.30 parangtritis
17.30-18.15 go to pusat kerajinan kulit manding
18.15-19.00 manding
19.00-19.30 go to local resto
19.30-20.00 dinner
20.00-20.30 drop hotel
2nd day (Borobudur, Lava tour merapi using jeep, chocolate Tugu / monggo, Masjid mataram kotagede (bole diganti dengan pusat kerajinan batik), Pusat kerajinan perak kotagede)
08.00-09.30 go to borobudur
09.30-10.30 borobudur
10.30-11.30 goto local resto
11.30-12.00 lunch
12.00-13.00 go to lava tour merapi
13.00-14.30 lava tour merapi
14.30-15.30 menuju chocolate monggo
15.30-16.00 chocolate monggo
16.00-16.15 go to masjid mataram kotagede
16.15-17.00 masjid mataram kotagede
17.00-17.15 menuju pusat kerajinan perak kotagede
17.15-18.00 pusat kerajinan perak kotagede
18.00-18.30 menuju local resto
18.30-19.00 dinner
19.00-20.00 drop hotel
3rd day (Kraton, Tamansari, Goa pindul, Indrayanti beach, Bukit bintang)
08.30-09.00 go to kraton
09.00-10.00 kraton
10.00-10.15 go to tamansari
10.15-11.30 tamansari
11.30-12.00 go to local resto
12.00-12.30 lunch
12.30-14.00 goto goa pindul
14.00-15.00 cave tubing goa pindul
15.00-16.00 goto indrayanti beach
16.00-17.00 indrayanti beach
17.00-18.00 goto bukit bintang
18.00-19.00 bukit bintang
19.00-19.30 dinner @bukit bintang
19.30-20.30 drop hotel
4th day (drop airport, bole mampir tempat oleh2)
tba c/out hotel
tba drop airport
Price start from: RM 482
All package types include:
• Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
• Hotels 3 nights *2/*3/*4 (+breakfast)
• Driver
• Driver Meals
• Parking fees
• Tour guide
• Entrance ticket’s stated in itinerary
• Dinner and lunch based itinerary
• Documentation (by request)
Exclude:
• Airport taxes
• Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
• Additional menu for dinner / lunch (if included)
• Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)
Note:
Harga dapat berubah sewaktu-waktu
Harga tidak berlaku bagi high season
Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010 / whatsapp saya di +628985101301 (FREE). Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.
Wassalamualaikum Wr Wb
Jom Singgah Blog Saya
ReplyDeleteKoleksi Resepi emak
http://koleksiresepiemak.blogspot.com/
Info Muzik Terbaru
http://muzikmp3terbaru.blogspot.com/
Info Filem Terkini
http://filemhebat.blogspot.com/
Jogja Tour Best Operator and Guide by Pusaka Tour in Jogja Enjoy variety jogja tourism and dynamic culture.
ReplyDeleteThank You Jim...Semoga selalu terkenang ya...Saya baru tengok ini Blog...Matur Nuwun...
ReplyDelete104meme影音视讯聊天室 , 0401影音视讯 , x543视讯交友网 , 影音视讯 , 色情视讯 , 后宫视讯 , mfc视讯 , 免费视讯美女网站 , 影音视讯聊天 , ut聊天视讯辣妹聊天室
ReplyDelete