Wednesday, September 10, 2014

JobStreet Addicted Syndrome

Assalamualaikum


To be honest, aku tak sangka aku nak kuarkan entry (setelah genap setahun) kat blog yang dah beranai-anai menanti rebah ni. Tapi semenjak aku mengurangkan aktivitas ber "WhastsApp" ni tetiba je rasa nak menaip panjang lebor, walaupun koklea kiri kanan aku tepu dengar lagu You Are My Destiny OST Man From the Star, sampai ke tahap aku jadi macam, ko tak bosan ke jim? Kenapa aku macam obses sangat mendengar lagu tersebut sehingga terbawak-bawak dalam penulisan diblog ni haha.. Biasanya aku punya radio buruk dalam Myvi tu akan buat hal or merajuk lah konon, hanya mp3 player jerlah peneman aku pergi dan balik kerja yang memakan masa 45minit - 60 minit tu. Disebabkan aku dah melalut panjang dari asalnya nak citer tentang ejen pencari pekerja ke You Are My Destiny. Since few months back aku cam obses tentang looking for new job, setiap kali celik mata jer benda pertama yang aku nak tengok lepas baca doa bangun tido adalah Job Match by Kak Lina JobStreet. Email Kak Lina ibarat berus gigi yang aku akan cari setiap pagi, sebab aku nak jadi orang pertama yang apply jawatan yang dikatakan sesuwai ngan aku tuh. Itu belum tengok lagi iklan di tepi - tepi notis board, Linkedln dan akhbar The Star saban Sabtu. So apa masalah aku sekarang ni?. Misteri.

Walaupun misteri namun aku rasa aku tau apakah nama penyakit aku ni, JobStreet Addicted Syndrome adalah benar - benar wujud (wujud dekat aku lah). Walaupun aku dah berkhidmat di syarikat sekarang selama 3 tahun dan telah menempuh pelbagai pengajaran, pahit, manis, hitam dan putih yang boleh dijadikan panduan dalam bekerja pada masa akan datang, aku rasa tetap nak merasa bekerja di syarikat lain (kira berani gaban lah ni..puii!). Setiap hari - hariku di sini sangat memberi impak kepada diri ini. Contohnya, melakukan kerja - kerja yang tidak termaktub didalam JD = job description, selain itu melangsaikan kerja - kerja boss yang separuh jalan, menyambung kerja - kerja tertangguh orang lain yang cabut lari, meredhakan diri membuatkan kerja orang lain yang alasannya tak tahu buat dan macam - macam lagi tak termasuk buat kerja untuk dua syarikat tapi satu gaji.  Mesti korang tak sabar nak tau apa nama company / department aku kan? Okay aku nak rahsiakan nama sebenar, jadi aku hanya bagi nama "Follow-up Department" yang akhirnya, yang tukang follow - up ni lah yang kena settlekan masalah diaorang. Okay fine, orang kata kalau kita banyak buat kerja ni, macam - macam yang kita akan dapat belajar. Yer! betul sangat tu, memang macam - macam yang aku dapat belajar, contohnya belajar camne nak TaiChi, belajar camne nak jadi orang yang kejam (kejam lah sangat, takat mencabut wire telefon pejabat) dan membuat autoreply yang memampangkan nombor telefon boss untuk dihubungi jika penting serta belajar camne nak forward email dan cc kembali kepada sender yang tak bertanggungjawab tuh!. (motif=supaya orang yang sepatutnya menjawab persoalan tersebut alert!).
 
Aku rasa dalam sejarah kot kat syarikat aku bulan ni jer dah masuk 12 - 15 orang nak berhenti (dengan pelbagai sebab musabab tok nenek alasanlah), yang nak quit tu pulak bukanlah dikalangan operator, tetapi mereka yang dikalangan General Manager, Senior Executive, Assistant Manager, Manager dan juga Engineer, pendek cerita semua yang otai - otai belaka. Citer aku terjebak dengan JobStreet Addicted Syndrome ni bukanlah baru bulan ni dek kerana ramai yang meletak jawatan secara tiba - tiba, tetapi sejak 2 - 3 bulan yang lalu lagi akibat impak ROI = return of investment yang tak menampakkan hasil yang berbaloi. Well, enough said bagi aku sesiapa pun tak kira aku, orang lain juga pasti akan dijangkiti JobStreet Addicted Syndrome jika apa yang diharapkan tidak kesampaian, oleh hal yang demikian dengan ini aku ingin memohon sedikit doa dari pembaca entry ini untuk mengaminkan harapanku agar dapatlah aku menukar tempat kerja dengan kesesuaian diri ini moga - moga rahmat dan berkat amin korang semua boleh memudahkan serta mempercepatkan proses pemindahan aku, amin.
 
Tak taulah ini ke Kak Lina yang email aku setiap jam 2 a.m!
 
 
Thank you for reading this entry !
 
 
 

No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...