Sunday, June 19, 2011

.::|Bila nak kawin?|::.


Credit Picture to Mr.Google :)
Assalammualaikum, huhuhu wah tajuk pasal kawin ni ada orang sensitif sket ada orang okay jer contohnya macam Jim nie hehehe..so bila dah banyak sangat majlis kawen yang Jim pergi jadi macam biasalah orang akan tanya kite "Bila nak kawin Jim?" wahahahha so mungkin anda juga pernah diajukan soalan yang sama bukan? Jawapan yang lazim akan diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” tak pun kalau macam Jim, Jim akan jawab "tak sempat lagi makcik/pakcik/kak/bang...." tapi mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..sebab apa? sebab Jim nak bagi skema jawapan yang sangat kukuh dan tepat sebab Jim terjumpa contoh jawapan ni kat web MyJodoh...hehehe so jom kite baca dan hafal skema jawapan nie sama - sama yer...:)

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Credit Picture to Mr.Google :)
Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.” 

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “Kenapa tak kawen-kawen lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

Jadi pada kawan2 Jim yang masih bujang dan masih belum berpeluang menukar status FaceBook dari single kepada in a relationship atau married to ______ korang boleh lah legakan hati sekarang ni kan sebab Jim dah bocorkan skema jawapan yang baik untuk di jawab kelak kepada Makcik2/Pakcik2/Abang2/Kakak2 serta kawan yang dah berumahtangga yang sibuk bertanya. :)

*agak rimas kalau org ceramah suruh kawin awal pastue bebel nanti susah dapat anak la apa la...ingat kite ni tak nak kawin awal ke?  tak nak dapat anak awal ke? masalahnya skrg Jim tgk yang dah kawin lama pun belum tentu senang nak dapat anak cepat....so kat situ kite dah nampak kan...kalau kite usaha dan doa untuk kebaikan tapi belum sampai masa untuk kite lagi maknanya jawapan diatas sangatlah sesuai diberikan bagi menutup mulut diorg ;)
Huhuhu comey2nya diorg nie semua ~ Credit Picture to Mr.Google :)

 ~~~*Tqvm for reading this entry buddy!*~~~~

10 comments:

  1. iskk..iskk pagi2 lagi dah ceta psl kahwin2 ni...ha2x..jwb jgn tak jwb soalan2 cepu mas tu..
    sian dier..penat ke nak jwb dah..`hepi father`s day` buat ayah miss jim !!!

    ReplyDelete
  2. tahniah, cik jim dh nak kawin..hhehee

    ReplyDelete
  3. meh cni i tolg jwpkn bile u nk kwen.. hehee..

    ReplyDelete
  4. nanti miss jim nak kawen jemput sy ok ! he he

    ada jodoh ada la xkemana.hee

    ReplyDelete
  5. Mama: my father has pass away 7years ago..alfatihah for him semoga ayah bersama ayah2 yang lain berbahagia di alam sana amin :)

    JMR: bila lak jim kata nak kawin hishhh

    Nunu: Tolong jawap2 kan yer kikiki tq fren

    zuhanis: Insyallah, tapi tak tau insyallah jim tue bila :)

    ReplyDelete
  6. miss jim maaf ya !!..semuga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman amin..mama tak tanya kat cik n..dia stay kat luar..hu..hu..

    ReplyDelete
  7. alah tak apa mama,mama tak tau, yup...semoga ayah bersama2 orang2 yang beriman :)

    ReplyDelete
  8. hohoho.....btol btol btol ....selalu sangat dah diajukn dengan soalan macam tuh.....adoyai....

    ReplyDelete
  9. haha...bosan kan tanya2 soalan mcm ni...tak mencabar lgsung...bglah yg mncbr sikit...:)

    ReplyDelete
  10. sama bosan dgn soalan ~ bila nk dpt anak? merancang ke?
    rs nk lempang muka org yg bertanya tu laju2..huhuh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...