Sunday, September 16, 2012

Keningau W-day!

Assalammualaikum,

Hye guys salam hari Malaysia!...anyway selain dari meraikan hari Malaysia hari nie jim tersangat happy untuk my bff yang jauh dimata tapi selalu dikenang dalam hati nie...iaitu Wan Hafizah Syazwani if tak silap lah telah melangsungkan perkahwinannya semalam 14 Sept 2012. Miss you so much fiza...even jim hanya tau dia dah kawen selepas my bf sms that he saw people congratz her on the wall. Actually sedih and terkilan lah sebab tak tau yang fiza nak kawen...if dibagitau 2 bulan sebelum insyallah jim sanggup naik belon ke Keningau khas untuk fiza..

Anyway apa-apa pun benda dah lepas, buat fiza dan ariff, jim doakan semoga ikatan perkahwinan you all abadi sehingga syurga...may Allah always give his bless to both of you amin. So now meh kita layan gambar-gambar sekitar majlis fiza...

sweet makeup dia n maybe from HERE
wif her beloved dear Ariff
her Big Day stage
congratz fiza even I was not there :(
   ^thanks guys sebab membaca kat sini muah!^

Wednesday, September 12, 2012

12 Sept 2012

Assalammualaikum semua,

Alhamdullilah hari ni genap setahun jim bertugas di syarikat sekarang..rasanya masa berlalu dengan sangat pantas seperti halilintar menyambar...jika nak dibandingkan dengan syarikat terdahulu...nak tunggu seminggu habis pun macam lambat sangat jer gerak nya...hehe anyway tahniah kepada diri jim sendiri sebab mampu bertahan sehingga hari ni, dan belum apply mana2 tempat lagi wahahahhahaha...maybe sebab hari tue dah dapat bonuskan so fikiran belum mengaruk lagi nak tukar syarikat lain.

Apa-apa pun bersabar itu sangatlah menguntungkan tidak kira jika kita bersolat, berdoa, bekerja dan dalam menghadapi apa jua ujian......kerana Allah telah berfirman "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;" (AlBaqarah ayat 45).Wassalam.


^thanks guys for reading this entry^

Wednesday, September 5, 2012

Rabu 5 Sept 2012

Salam guys...

Malam tadi ngan malam ni sibuk beraya rumah kawan-kawan..penat giler...tapi yang paling best adalah malam ni, kawan jim yang kawen masa nov lepas dah selamat melahirkan baby gurl pada 4 August 2012 di Hospital Penawar Pasir Gudang. Pejam celik pejam celik dah ada anak satu dah....tue yang dia jemput jim datang tgk baby hureen dia malam ni...seyes comel gila! Jom tgk puteri fiza yang diberi nama Nur Hureen Bt Mohd Afifi yang bermaksud cahaya bidadari...hurmm sedap...
teaser......

Assalammualaikum semua...

Mummy...sapa yang datang nie?

Alamak...blogger lah mummy yang datang nie..malunyer...eeeiii

Kek pertama yang hureen dapat dari aunty Jim setelah 32 hari lahir :)
huhuhu tue jer yang larat nak upload...ngantuk giler dah nie...ada kawan kerja jim yang skrg ni tgh training kat Netherland hantar quote ni kat jim..ayatnya simple tapi sangat bermakna..thanks Evelyn!

the quote:

" A WOMAN'S LOYALTY IS TESTED WHEN HER MAN HAS NOTHING. A MAN'S LOYALTY IS TESTED WHEN HE HAS EVERYTHING. IF A MAN EXPECTS HIS WOMAN TO BE AN ANGEL IN HIS LIFE, THEN HE SHOULD FIRST CREATE A HEAVEN FOR HER AND BE WHAT YOU WANT, TO BE NOT WHAT OTHERS WANT TO SEE"

^thanks guys sudi lepak kat blog nie :)^

Tuesday, September 4, 2012

Romantik itu subjektif

Assalammualaikum,

Selamat pagi readers semua, okay kalau cantik dan kacak tue subjektif...maka romantik juga subjektif bagi jim...logiklah kan...ada orang rasa bila pasangan dia turun kereta pasangan dia bukakan pintu kereta dia rasa romantik...tapi bagi jim tue namanya mengadangada macam tak tau pintu kuar tue kat mana kihkihkih...ada orang rasa kalau pasangan dia cakap ayat2 kasanova tue romantik...bagi jim tue saja nak mintak kena sepak tu namanya..huhuhuhu...

So sesungguhnya (cehhh siap nak bersungguh..) romantik itu juga benda subjektif, disebabkan korang semua tgh baca kat blog missfairladyjim@blogspot.com, haruslah korang terpaksa membaca definasi romantik bagi jim, jika pasangan kita yang buat...
Romantiknya yang ni korang tak payah lah buat b4 kawen yer..hehe
 Antara beberapa (bila dah sebut perkataan beberapa...sebenarnya dia adalah beberapa ratus yer..sila tekan icon 'x' jika dah tau anda takde banyak masa nak baca entry ni ;p) ciri pasangan romantik pada jim lah kan tak tau lah korang camne,adalah seperti dibawah:
  1. Jika suami yang panggil isteri dia solat sama2..=)
  2. Jika suami yang mengimamkan isteri dia.[rasa cam terharu & impress nak" bila bacaan dia sangat tartil dan sedap + cam xtahu plak surah panjang2 pun dia hafal..]
  3. Jika seblom nak solat tu cam main2 nak btalkan air wuduk..walaupun cam xelok..tp sweetla...cam budak2..lagipun Malaysia ni ada banyak air pili bersih...so ameklah wudhu banyak mana pun lepas tue...huehuehue
  4. Jika suami cubit tangan kita bila kita tak sabar nak makan coz dia belum or habis baca doa makan..
  5. Jika suami gurau and kata "tak nak Allah sayang ke xbuatkan Abang air?" (sebab layan blog lama2 wahahaha)
  6. Jika suami kata "tak nak Allah bagi pahala sikit ke kat Abang" sebab kita tak bagi dia tolong masak. Even kita tau dia saja jer tak nak kita penat sorang-sorang.
  7. Jika suami kita sms waktu masuk waktu solat ketika kita diluar rumah (pejabat/mall/etc)...
  8. Jika suami ajak tadarus sesama...dan mengajar tajwid dan Al-Quran.
  9. Jika suami citerkan sirah2 Rasulullah, para sahabat..[ni seyes cam sweet gila bukan macam lagi dah memang sweet sangat..sebelum tidur.]
  10. Jika suami ada pegangan agama yang baik..sebab dia dapat kongsi ngan kita, dan meyakinkan kita bahawa kita akan dibimbing oleh dia ke jalan yang sama2 kita nak tuju nanti..
so, jim bagi 10 jer lah....kang bagi banyak2 korang boikot lak blog nie..kihkihkhih..anyway korang rasa romantik tu macam mana pulak? Apa-apa pun thanks seribu kali thanks sebab membenarkan mata dan diri korang membaca entry ni. Chilled!
Disunting dari blog cumelz ni: http://faatincumelz.blogspot.com/

Monday, September 3, 2012

Bucida Garden BBQ & Steamboat

Assalammualaikum Semua,

Selamat malam korang jim baru jer balik dinner...huhuhuhu...malam ni saja jer nak makan steamboat lagi kt luar even baru jer makan 31hb Ogos yang lepas...tak apa lah ada selera nak makan, kita makan...kalau tak ada selera lagi masalah kan... so far dah 2x jim makan nie...review okay not bad, cuma malam ni tak bestnya tak ada White Coffee Ice Cream macam 1st time jim datang makan tue...so cakap banyak pun tak guna meh layan gambar...

First start-up

Muka depan kedai (sorry la korang signage dia memang blur sket warna and lampunya)

The food tester....

My Fav Part

Alhamdullilah ready for sleep...

antara buffet yang ada

meat section...pilih jer lah...
ni amek  gambar dah kul 10mlm memang dah tgl sket2,
lagipun customer ramai lak malam ni
 



Section vege
Section sambal pencicah (jim tak amek n rasa pun sebab sup dia dah sedap)

Section fish ball, fish star, fishing...semua ada lah

Section Air...

Section hot drinks, ada Tea O , Kopi O and Teh Tarik

Ada Desert.....for sure la aiskrem...
takkan tunjuk tong eskem tapi dalam donut sambal kot

Section seafood! My fav section...semua nya segar...
Okay, disebabkan jim ni suka makan ala-ala korea macam grill2 rebus2 jim memang suka lah pergi kedai yang macam nie...okay kalau korang yang berada diarea Pasir Gudang ni pun teringin nak makan ni, sila lah ke BUCIDA GARDEN (BBQ & Steamboat) yang berada di:

Lokasi: Masai Lama (Sederet kedai Mamak Habib tapi di hujung jalan)
Masa Perniagaan: 5.00 ptg - 12.00 tgh mlm (dibuka setiap hari)
Harga: RM18.00 (dewasa) RM9.00 (kanak")
Environment: Boleh pilih nak duk luar ke dalam
Service: 4.5/5
Tahap kesegaran bahan makanan:4/5
Pemilik Restoran: Bumiputera (so diyakini HALAL)
Saranan: Datang lepas solat maghrib bagi yang nak lepak lama
Lagu pilihan: Shiela Majid
Cadangan kpd Tuan Kedai: Diharap ada Ice Cream White Coffee sepanjang masa kekekeke

Yang korang tunggu lagi ni kenapa? jom lah gi kedai tue....anyway thanks sangat sebab sanggup baca entry yang simple ni...bubye semua \(^_^)/ 

Sunday, September 2, 2012

Samsung Galaxy Note 2

Assalammulaikum,

Samsung Galaxy Note II yang aku tunggu-tunggu sangat tue bakal dilancarkan tak lama lagi di Malaysia...hurmmm mujur aku tak tergesa2 beli Samsung Note yang existing tu bulan lepas...maybe pasal aku dah berinstinct for sure Samsung akan upgrade Note yang skrg....Note II dikatakan membawakan kategori baru antara telefon dan tablet Android, yang baru sahaja melancarkan siri Note II nya pada Ogos lepas di acara IFA (Consumer electronics trade fair) di Berlin, Jerman (kenapa lah aku tak kena hantar training ke Berlin time-time ni kan wahahahaha).
Digambarkan macam ni lah menda alah tue tapi (ada tapi lagi tue) hope ada lah edisi yang vibrant2 kan warnanya...(eh kau jim sedap je order cam ko tu binti Samsul agaknya...kekekeke)

Dengar-dengarnya peranti Note II akan menggunakan skrin bersaiz 5.5 inci dengan saiz peranti yang sama dengan Galaxy Note sekarang. Kuasa pemprosesan pula adalah dari pemproses empat teras dilengkapi dengan RAM 2GB. Kamera pula akan dipertingkatkan dari 8 Megapiksel yang ada pada Galaxy Note kepada 12 ataupun 13 Megapiksel (ni dah bagus! untuk jari click seperti aku!) pada Galaxy Note 2. Phablet ini dikatakan akan berada dipasaran pada September atau Oktober tahun ini, alrite leh lah aku mengular kat outlet2 Samsung lepas nie...nak lagi cepat ngular kat Orchard Road..untuk try test aplikasi superb nie hehehehe...

Walaupun perkara ni belum dapat disahkan sama ada khabar2 angin ke apa kerana Samsung belum memberikan komen rasmi untuk mengesahkan perkara ni...Tapi aku rasa Samsung yang korang pun tau Samseng Gadget ni pasti akan blow up dia punya latest product untuk terus berdiri gah dihadapan Cik Epal (Apple) muahahahha (man jadda wa jadda..)...Walauapapun meh la kita tunggu sehingga tiba waktu itu dan teruskan bersama aku jika korang pun duk meroyan dgn gadget ni...teheeeeee.

^thanks for read this!:)^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...